Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden
Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621 Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan beliau bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu. Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu. Johari yang juga ahli parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ ONN pagi tadi. Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing. VIDEO berkaitan Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar pencalonannya bagi jawatan sama.