Posts

Showing posts with the label Sungai

Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai

Image
Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160656/ HULU SELANGOR – Kebimbangan seorang anak selepas ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu terjawab apabila lelaki terbabit menemui mayat wanita itu dalam sungai di hadapan sekolah agama sekitar Kuala Kubu Bharu di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun itu menemui jasad ibunya di dalam sungai pada pukul 12 tengah hari tadi. “Sebelum ini, anak lelaki mangsa telah datang untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu memaklumkan ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu. “Lelaki itu kemudian menemui mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Suffian, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun. “Pemeriksaan forensik pula mendapati tiada unsur jenayah berla

[Video] Viral Aksi lelaki duduk di atas jamban awam yang sedang hanyut dibawa arus sungai

Image
[Video] Viral Aksi lelaki duduk di atas jamban awam yang sedang hanyut dibawa arus sungai Sumber:  https://pakdin.my/157982  ..... Sebuah jamban terapung yang hanyut terbawa arus sungai bersama seorang lelaki di atasnya telah menjadi viral dan menghebohkan media sosial. Momen yang memperlihatkan hanyutnya jamban tersebut dimuat naik oleh pengguna Instagram. Menurut informasi, jamban terapung yang hanyut dibawa arus itu berlaku di Sungai Desa Tunggul Irang, Kabupaten Banjar dekat Martapura, Kalimantan Selatan. Dalam video, terlihat aliran air yang membawa jamban terapung dengan bongkahan tumbuhan di bawahnya yang dibawa arus bersama. Di atap jamban, ada seorang lelaki berbaju merah yang dilihat duduk santai walaupun dirinya hanyut bersama jamban. Menurut maklumat penduduk yang rumahnya berada di dekat jamban, jamban terapung itu kemungkinan hanyut dibawa arus karena dilanggar kumpulan sampah kayu dan tanaman di sungai.

[Video] Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang

Image
Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang [Sumber: https://pakdin.my/?p=154876 ] BESUT - Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini telah dijumpai dan dinaikkan ke darat dengan bantuan kren pada petang Rabu. Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, kenderaan itu dijumpai di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada jam 5.15 petang dan berjaya dinaikkan jam 6.25 petang. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan mendapati jasad mangsa, Shukri Wahab, 52 tidak ditemui dalam kenderaan tersebut. "Jarak kenderaan ketika ditemui dari lokasi kejadian di Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter," katanya ketika kepada pemberita pada Rabu. Menurut Mohamad, pasukan penyelamat akan meluaskan radius pencarian jika mangsa masih belum ditemui pada Khamis. Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan menerusi teknik pencarian di