Posts

Showing posts with the label Menteri Luar

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry

Image
[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei - Zambry BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 Wisma Putra akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden pada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei, yang dijadualkan bermula esok. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof. “Oleh kerana hal ini menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei. “Jadi saya akan bincang dengan rakan sejawat saya pada sesi lawatan rasmi ini,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Pada Sabtu lepas, Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan k

Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’

Image
Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155729 - Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri menyifatkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan kontrak mereka di kementerian itu tanpa sebarang penjelasan sebagai tidak ‘gentleman’. Lebih menyedihkan, pemberhentian itu dibuat ketika Ahmad Idham dan keluarganya sedang dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19. Menurut Ahmad Idham, surat penamatan itu diperolehnya pada Isnin lepas, iaitu pada 28 Februari dan tarikh surat itu berkuat kuasa pada 23 Februari, dengan penamatan 24 jam. “Dalam surat itu tidak dinyatakan sebarang alasan penamatan dan kami sendiri tidak tahu apa alasannya. Bagaimanapun, kami menghormati keputusan menteri terhadap penamatan ini dan selama ini kolaborasi kami bersama menteri juga adalah amat baik. “Cuma sedikit sedih sebab surat dibuat ketika saya kuarantin. YB menteri tahu satu keluarga saya kena Covid-19,"

Menteri Luar Malaysia tidak memiliki seni diplomasi, kata Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja

Image
  Ini lah punca banyak negara menjauhi Malaysia terutama dalam soal perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Malaysia tidak memiliki seni diplomasi, kata Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja [Sumber: https://pakdin.my/?p=153672 ] Phnom Penh (FN), 21 Jan – Sebagai pengerusi penggiliran ASEAN 2022, perdana menteri Kemboja Hun Sen memberi reaksi keras terhadap kenyataan menteri luar Malaysia Saifuddin Abdullah yang mengkritik lawatan rasmi beliau ke Myanmar dalam temu bual dengan Aljazeera. Semasa perbualan telefon dengan presiden Indonesia Joko Widodo, perdana menteri Hun Sen menghantar mesej kepada menteri luar Indonesia dan meminta beliau menyampaikan mesej itu kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, menurut menteri pengiring, Kao Kim Hourn pada hari Jumaat. “Sebagai menteri luar dan diplomat, beliau (Saifuddin Abdullah) tidak sepatutnya menggunakan kata-kata kurang ajar secara tidak diplomatik di Pengerusi dan Ketua Kerajaan ASEAN,” Kao Kim Hourn memetik perdana menteri sebagai berkata. “