Posts

Showing posts with the label Kota Tinggi

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Image
[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini (25/01/2023) berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam tadi dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, menjadikan keseluruhannya 35 PPS di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat. “Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir dengan 1,392 orang daripada 393 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS. “Diikuti pula Kluang melibatkan 1,139 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan,  pagi ini. Di Kota Tinggi, JPBN memaklumkan seramai 557 mangsa daripada 136 keluarga berlindung di enam PPS manakala daerah Mersing, terdapat empat PPS ya

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Image
Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 KOTA TINGGI: Rumah Rakit Uda Sungai Lebam disini dihanyutkan arus setelah sebuah rakit terputus tali sauhnya lalu melanggar beberapa rakit lain.  Pemilik rakit dan 2 orang pekerjanya selamat lari keluar dari rakit ketika kejadian.  Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. Untuk mengelak kejadian berulang pemilik rumah rakit sepatutnya membuat pemeriksaan dan penyenggaraan berkala pada tali sauh.

#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti

Image
#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154619 ] KOTA TINGGI - Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Tinggi, Zaharah Kassim, 53, meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa serta merta. Beliau yang juga ibu kepada mangsa gangguan seksual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithanain turut memaklumkan perletakan jawatan itu turut melibatkan 30 lagi ahli PPBM Bahagian Kota Tinggi. Zaharah berkata, keputusan keluar daripada parti itu juga turut dipengaruhi dengan kejadian menimpa anaknya selain sudah tidak percaya dengan kepimpinan ketua PPBM bahagiannya. "Ada beberapa isu berkenaan perkara ini, tetapi apa yang boleh saya maklumkan adalah kerana kami sudah tidak percaya dengan Ketua Bahagian (Rasman) dan pimpinan PPBM. "Di sini saya juga menegaskan tidak ada paksaan fitnah atau konspirasi politik daripada mana-mana pihak," katanya pada sidang media di kediamannya di