Posts

Showing posts with the label Pemilihan Parti

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Image
[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 UMNO akan memutuskan tarikh pemilihan parti, termasuk bagi jawatan tertingginya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, esok 27 Januari 2023. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, selain peringkat bahagian, yang dijangka diadakan serentak di 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya. "Mesyuarat esok kita akan memutuskan mengenai tarikh pemilihan yang kita kena buat sebelum 19 Mei depan. Sebab dalam perlembagaan UMNO, pemilihan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas pembuangan undi pilihan raya (peringkat) Dewan Rakyat. "Mesyuarat MKT esok malam adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media

Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR

Image
Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159064   Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa. Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi. Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan. Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi. Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.