Posts

Showing posts with the label Sungai Tengi

Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing

Image
Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166496 HULU SELANGOR – Seorang pelajar berdepan detik cemas apabila motosikal ditunggangnya terjatuh dalam tebing sedalam kira-kira 1.5 meter dalam satu kejadian di Felda Sungai Tengi Selatan, di sini petang tadi. Bagaimanapun, remaja berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami luka di kaki dan bahu akibat kejadian tersebut. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.03 petang sebelum menggerakkan seramai lima orang anggota dan jentera ke lokasi kejadian. Ujarnya, lokasi kerjadian terletak kira-kira 33 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa. “Setibanya di lokasi kejadian, mangsa, Mohd. Syazwan Sarifudin, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC terbabas dan terjatuh ke bawah tebing sedalam lima kaki. “Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dan mengalami luka di kaki serta bahu,” katanya dalam