Posts

Showing posts with the label Kemurungan

Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan

Image
Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165083 Kesihatan mental merupakan isu penting dan semakin membimbangkan terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar peringkat tertiari. Dianggarkan bahawa satu daripada empat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terjejas oleh isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang dicirikan oleh perasaan sedih yang berterusan dan kehilangan minat dalam beraktiviti. Gejala kemurungan termasuk perubahan dalam corak tidur, kesukaran menumpukan perhatian, merasakan harga diri yang rendah, hilang selera makan, keletihan dan pemikiran untuk membunuh diri. Rawatan untuk kemurungan biasanya melibatkan psikoterapi, ubat antidepresan, atau gabungan kedua-duanya. Kebimbangan juga adalah isu kesihatan mental yang biasa dalam kalangan golongan ini. Ia boleh nyata dalam pelbagai bentuk, seperti kebimbangan sosial, kebimbangan menghadapi ujian dan kebimb

Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan

Image
Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154152 ] MARANG – Wanita kemurungan yang hilang sejak empat hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat di dalam kawasan belukar di Kampung Batu Penunggul, di sini hari ini. Rohana Abu Bakar, 49, ditemui pasukan mencari dan menyelamat sedang duduk di dalam buaian kain di kawasan belukar itu pada pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ibu kepada tiga anak itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari pondok yang didudukinya. “Wanita itu berada dalam keadaan sihat, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini motif kehilangannya masih belum ketahui,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi mencari dan menyelamat Rohana dilancarkan pada pukul 10 pagi hari ini selepas menerima aduan kehilangan wanita itu di Balai Polis Bukit Payung di sini. Kehilangan wanita yang mengalami kemurungan itu disedari salah seorang anaknya