Posts

Showing posts with the label OKU

[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Image
[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang Baca seterusnya di: pakdin.my/167896 -  AYER ITAM - Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, Pulau Pinang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) itu ditemukan rentung di dalam salah sebuah rumah yang terbakar. Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian. "Kebakaran membabitkan dua unit rumah dengan keluasan 2,000 kaki persegi. "Pihak bomba menemukan mangsa dalam keadaaan rentung bersebelahan katil. "Rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus. "Api berjaya dikawal pada pukul 4.28 pagi," kata Mohd Shakir menerusi kenyataan.

[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari

Image
[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari.    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158426      JOHOR BAHRU – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditahan polis kerana cubaan menculik seorang kanak-kanak semalam dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar bermula 12 hingga 15 Mei ini. Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap sambil diiringi polis tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.13 pagi. Semalam (11 Mei 2022), Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, lelaki OKU berusia 20-an itu ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, semalam. Menurut beliau, suspek yang merupakan pemegang kad OKU pesakit mental itu turut positif dadah jenis methaphetamine melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan. “Murid lelaki berusia 7 tahun itu diculik suspek yang menaiki motosika

[Video] Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti

Image
[Video] Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti  Baca seterusnya di: pakdin.my/155206 KUALA NERUS: Polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar sebuah universiti awam di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di blok kediaman pelajar perempuan pada pukul 7 malam. Katanya, perbuatan suspek disedari penghuni asrama yang curiga melihatnya berlegar-legar di luar asrama sebelum memaklumkan kepada polis “Sepasukan polis segera ke lokasi dan menahan suspek yang masih berada di kawasan kolej kediaman itu. “Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman empat hari hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Abdul Rahim, hasil ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana

Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik

Image
Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik [Sumber: https://pakdin.my/?p=154818 ] Gombak: Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam rumah di Kampung Changkat Damai di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.04 pagi. Katanya, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dan Selayang dikerah ke lokasi. "Sebaik tiba didapati kebakaran berlaku di bahagian bilik rumah teres dan operasi mengawal serta memadamkan kebakaran segera dilakukan. "Anggota kemudian menemui mayat lelaki berusia 44 tahun dalam keadaan rentung," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.