Posts

Showing posts with the label Nelayan

🎦 Perubahan iklim - Stok ikan berkurang, jejas pendapatan nelayan Kemboja

Image
🎦 Perubahan iklim - Stok ikan berkurang, jejas pendapatan nelayan Kemboja BACA di: https://pakdin.my/174004 KEMBOJA - Nelayan Siem Huat mengalami pengurangan stok ikan berkurangan beberapa tahun kebelakangan ini di Tasik Tonle Sap, Kemboja. Menurut pakar, berikutan perubahan iklim dan cuaca ekstrem, gangguan ekologi, perubahan tanah dan penangkapan ikan berlebihan mengancam bekalan makanan dan mata pencarian berjuta-juta nelayan yang bergantung kepada tasik terbesar di Asia Tenggara itu. "Kadang-kadang hujan turun tidak menentu atau cuaca menjadi sangat panas sehingga saya tidak dapat keluar memancing," kata Siem Huat, 45, ketika dia mengemudi botnya melalui hutan bakau untuk menarik pukat. Sungai Mekong biasanya akan melimpah ketika musim hujan kerana ia bercantum dengan Sungai Tonle Sap di Kemboja. Namun beberapa tahun ini, ia telah terganggu berikutan perubahan iklim selain terus berusaha untuk meneruskan kehidupan. "Ada hari saya perlu bekerja keras untuk mendapatka

Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari

Image
Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari BACA di: pakdin.my/167437 ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di negeri ini, antara 2018 hingga 2021. Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Terdahulu, kesemua individu terbabit tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lima individu terbabit antara sembilan penguat kuasa yang ditahan SPRM semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara 2018 hingga 2021. Semua anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Turut ditahan semalam, ialah

[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat

Image
[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166750 Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di perairan Kemasin, di sini awal pagi semalam ditemui selamat. Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata Rohaimi Ahmad, 47 tahun, Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21 tahun dan Amir Zulfikar Che Wil, 29 tahun ditemui nelayan di Pantai Belawan, Takbai, Thailand. Beliau berkata, menerusi maklumat awal bot dinaiki ketiga-tiga nelayan terbabit dihanyutkan ke negara berkenaan selepas kehabisan minyak kira-kira 10 kilometer dari perairan negara. "Bot KNF 7086 berwarna kuning yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dan ditunda dari Pantai Belawan ke jeti Polis Marin Takbai petang ini," katanya dalam sidang media di Jeti Kuala Kemasin, di sini, hari ini. Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malay

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Image
Dua beranak paut tong ikan 11 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649 KUALA LANGAT – Dua beranak yang juga nelayan menempuh detik getir apabila berpaut pada penutup tong ikan lebih 11 jam selepas bot mereka karam di sekitar perairan Kuala Langat di sini, semalam. Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Asmadi Saiman, 60, dan anaknya, Mohd. Aslan Asmadi, 34, itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 2 petang tadi. Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada Sistem Pengurusan Pengesanan Kapal (VTMS) di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) mengenai dua nelayan hanyut yang telah diselamatkan sebuah bot tunda. “Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi tadi. “Mereka yang memakai jaket keselamatan kemudian ditemukan bot tunda dan berpaut pada penutup tong ika

[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang

Image
[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang SEPANG – Dua kanak-kanak ditemui lemas manakala seorang lelaki dilaporkan masih hilang selepas mandi di Pantai Bagan Lalang di sini tadi. Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa lemas merupakan dua beradik masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun. Difahamkan, lelaki masih hilang itu berusia lingkungan 30an dan merupakan orang awam yang cuba membantu menyelamatkan dua kanak-kanak berkenaan. Sumber berkata, mangsa pertama adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang ditemui lemas oleh nelayan, manakala mangsa kedua pula ditemui selepas timbul dipermukaan air setengah jam kemudian. “Mangsa pertama ditemui pukul 2.30 petang dan mangsa kedua sekitar 3 petang. Kedua-dua mangsa dinaikkan oleh nelayan dan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi mengesahkan ke

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883 PASIR PUTEH 26 Mac 2023 -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.  Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.  Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang. "Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong. "Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana