Posts

Showing posts with the label Pasaran

Bursa Malaysia terus catat peningkatan untuk dibuka tinggi

Image
Bursa Malaysia terus catat peningkatan untuk dibuka tinggi BACA seterusnya di: pakdin.my/167061 Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, kata peniaga.  Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.76 mata kepada 1,458.20 daripada 1,454.44 semalam. Indeks utama dibuka tinggi 1.79 mata kepada 1,456.23.  Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 252 berbanding 209 manakala 285 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 539.08 juta unit bernilai RM260.76 juta. Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI dijangka mencatatkan aktiviti dagangan yang kukuh dengan pemangkin positif daripada senario domestik serta nilai dagangan dan jumlah keseluruhan yang tinggi.  “Selan itu, dengan prestasi positif Wall Street semalaman, kami berpendapat minat belian akan meluas ke saham di perin

Dagangan Bursa Malaysia tinggi pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini

Image
Dagangan Bursa Malaysia tinggi pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166982 - Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang positif. Pada 9.30 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.52 mata kepada 1,445.63 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu, selepas dibuka pada paras 1,440.11, meningkat 1.41 mata. Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 280 berbalas 202, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,567 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung. Jumlah dagangan 741.78 juta unit bernilai RM205.79 juta. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI merosot pada Rabu apabila pelabur mengambil peluang untuk mengambil keuntungan atas kebimbangan mengenai keadaan ekonomi China. “Walaupun pembetulan itu dianggap sihat, kami menjangkakan lantunan segera akan berlaku kerana aktiviti