Posts

Showing posts with the label Machang

🎦 Suspek kes tembak di Machang baru lepas sembelih seekor lembu

Image
🎦 Suspek kes tembak di Machang baru lepas sembelih seekor lembu Baca seterusnya di: https://pakdin.my/168373 / -  MACHANG – Salah seorang suspek yang maut ditembak selepas melarikan diri semasa dikejar sebuah kereta peronda (MPV) polis di Labok di sini hari ini dipercayai baru lepas menyembelih seekor lembu. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, suspek berusia 33 tahun bersama rakannya 43 tahun didapati terlibat dalam kegiatan mencuri lembu di Kampong Joh, Labok di sini. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan lanjut mendapati, terdapat seekor lembu yang baru disembelih di lokasi tersebut. Menurutnya, MPV bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat awam bahawa terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios berada dalam keadaan mencurigakan di Kampung Joh di sini. “Anggota polis kemudiann terserempak dengan kereta dinaiki kedua-dua suspek, namun pemandunya bertindak memecut laju melalui jalan Machang ke arah Kota Bharu. “Polis memb

Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang

Image
Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang Baca seterusnya di: pakdin.my/167886 -  MACHANG – Seorang pemilik bengkel maut dipercayai terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah kereta, di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang (17 September 2023) itu, mangsa, Mohd. Faiz Zahari, 37, meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton. Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut. Menurutnya, ketika itu, dia berada di dalam kedai runcitnya yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian. “Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu. “Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah tid