Posts

Showing posts with the label Inanam

[VIDEO] Enam pelajar perempuan terlibat kes buli ditahan

Image
[VIDEO] Enam pelajar perempuan terlibat kes buli ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159560 Polis menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu. Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa tersebut. Pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. KOTA KINABALU: Polis menahan enam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Inanam selepas dipercayai terlibat dalam kes buli. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian membabitkan seorang mangsa buli yang juga pelajar perempuan di sekolah sama itu juga tular di media sosial sejak kelmarin. “Polis menerima maklumat berkenaan video tular yang menunjukkan mangsa dibuli beberapa pelajar lain pada 7 Julai lalu. “Pada masa sama polis turut menerima laporan daripada bapa mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Zaidi berkata bertindak dengan kejadian,

Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing, Gadis Nekad Lompat Dari Kereta

Image
Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing, Gadis Nekad Lompat Dari Kereta Sumber:  https://pakdin.my/158041 .... Seorang remaja terpaksa melompat keluar dari kenderaan e-hailing yang sedang bergerak selepas pemandunya didakwa mencabul dan menyamunnya dalam satu kejadian berhampiran Jalan Kionsom, Inanam, pagi Khamis (31 Mac). Mangsa yang juga jurujual berusia 19 tahun menempah perkhidmatan e-hailing untuk pergi ke tempat kerja di Menggatal. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Rakman berkata, pemandu itu memberitahu mangsa bahawa dia terpaksa menggunakan jalan pintas kerana laluan utama sesak. "Ketika menghampiri kawasan air terjun Kionsom, pemandu didakwa meminta gadis itu beralih dari tempat duduk penumpang belakang ke tempat duduk hadapan," katanya dalam satu kenyataan. Pemandu itu dikatakan meraba paha mangsa, membuatkannya memberi amaran kepada lelaki tersebut supaya tidak melakukannya lagi. Pemandu itu kemudian didakwa mengeluarkan pisau kecil