Posts

Showing posts with the label Shafee Abdullah

[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda

Image
[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda BACA seterusnya di: pakdin.my/167424 KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG MELIBATKAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABD RAZAK Putrajaya, 12 September 2023 – Pihak kami dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Malaysia secara rasminya telah membatalkan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (Attorney General’s Chambers) (“AGC”) terhadap anakguam kami, iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (“Dato’ Sri Najib”), berkaitan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang dimulakan sejak tahun 2018. Bagi menyegarkan semula ingatan masyarakat Malaysia, rayuan yang dirujuk di atas merupakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2

SPRM dapati Nazlan langgar Kod Etika Hakim, kata Azalina

Image
SPRM dapati Nazlan langgar Kod Etika Hakim, kata Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163218 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163218Menteri undang-undang berkata siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan Ghazali menyimpulkan beliau mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International Najib Razak. Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Najib Razak, Shafee & Co, Azalina mengesahkan Nazlan, hakim perbicaraan bagi kes SRC Najib, melanggar kod dan mempunyai konflik kepentingan. Surat itu, yang bertarikh 20 Feb, menyatakan bahawa siasatan SPRM mendapati “terdapat isu salah laku” oleh Nazlan yang “perlu dipertimbangkan oleh ketua hakim negara”. Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim Nazlan Ghazali menyimpulkan beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International, kata Azalina Othman Said. Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguambela Najib Razak, Shafee & Co, Azalina men

[VIDEO] Ini bukan pengakhiran kes SRC- Shafee

Image
[VIDEO] Ini bukan pengakhiran kes SRC- Shafee BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/163106 Soalan wartawan: Apa tindakan seterusnya Tan Sri?  Tan Sri Shafee: Penghakiman menentang (minoriti) oleh Dato Rahman Sebli ini telah memberi banyak semangat kepada kami. Kami baru saja dapat berita dari PBB bahawa permohonan kami ke PBB sudah mula diproses dan sudah ada usaha mereka untuk meminta Peguam Negara kita menjawabnya.  Jadi kami akan hantar dokumen-dokumen lanjut termasuk penghakiman minoriti ini kepada mereka (PBB), supaya mereka boleh periksa. Kerana sekarang sudah ada dapatan penghakiman. Kami juga akan hantar penghakiman majoriti sekali…supaya PBB boleh menilai, penghakiman mana yang jauh lebih wajar. Mereka akan menilai dan akan berhubung dengan kami kembali. Itu yang pertama.  Keduanya adalah berkenaan kuasa pengampunan YDP Agong. Adalah amat kritikal untuk YDP Agong diberi peluang untuk membaca penghakiman minoriti ini yang mengutuk cara bagaimana kes ini dijalankan. Saya menggu

[Video] SRC International: Shafee Abdullah Dakwa Hakim Nazlan Telah Hilang Kelayakkan

Image
  [Video] SRC International: Shafee Abdullah Dakwa Hakim Nazlan Telah Hilang Kelayakkan Selanjutnya di: https://pakdin.my/157141 - Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes Najib Razak berkaitan dana SRC International. Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, ini kerana hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sebelum ini didakwa memainkan peranan dalam pinjaman 1MDB bagi pemerolehan pengeluar tenaga bebas, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd. Dalam perbicaraan rasuah berkaitan kes 1MDB yang sedang berlangsung terhadap Najib, pihak pendakwaan berhujah bahawa jejak aliran kewangan yang berbelit-belit itu melibatkan pemerolehan Tanjong Energy. Nazlan, yang sebelum ini dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman terhadap Najib melibatkan RM42 juta dana SRC International pada Julai 2020. Najib sedang menunggu rayuan berhubung perkara itu di Mahkamah Persekutuan. Sebelum berkhidmat dalam badan kehakiman, Nazlan merupa

SRC International: Hakim Mohd Nazlan didakwa punyai konflik kepentingan

Image
SRC International: Hakim Mohd Nazlan didakwa punyai konflik kepentingan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157127 - Pagi ni Bossku akan mengemukakan bukti baharu berkaitan hakim Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali  Nazlan sepatutnya menjadi saksi, bukan menjadi hakim perbicaraan dalam kes Najib.  Sepatutnya di peringkat awal lagi Nazlan perlu menarik diri daripada mendengar kes yang melibatkan Dato Seri Najib Razak  Rupanya beliau (Nazlan) turut terlibat (sebagai group general counsel) dalam meluluskan pinjaman Maybank bernilai RM4 bilion kepada 1MDB untuk tujuan pemerolehan Tanjong Energy pada 2012. Konsultan gagi urusan tersebut ketika itu adalah Goldman Sachs, Tim Leissner manakal penasihat perundangan 1MDB ialah Jasmine Loo. Yang mencuri jadi saksi pendakwaan, kambing hitam dituduh, Nazlan yang sepatutnya menjadi saksi menjadi hakim perbicaraan....