Posts

Showing posts from July, 2016

UMNO GUSAR DENGAN SAMAN SIVIL DOJ?

Tidak perlu faham dengan cara rakus untuk mengatahui perkara sebenar, usah digembar gemburkan perkara yang konon dicipta supaya menjadi panik. Umno sudah lali dengan cara begitu, malah cara Anwar Ibrahim ketika PRU13 dulu juga boleh dikatakan paling radikal kepada BN dan UMNO sehingga undi popular diagungkan oleh puak pembangkang. Namun apa yang telah dilakukan oleh puak pemberontak dan pembangkang yang berbangga dengan saman sivil oleh DOJ terhadap 1MDB. Paling tragis adalah golongan yang hanya berkata, kita perlukan Amerika untuk mengajar Najib erti penyesalah. Tetapi mereka lupa, keadaan berkenaan tidak akan berlaku kerana UMNO tahu akan `drama' yang sedang berlaku di dalam dan luar negara. "UMNO sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai 'Si Kitol' yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita". Empat pendirian UMNO berhubung isu DOJ itu:

Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes ‘insider trading’ Kenchana Petroleum

Image
Seorang bekas pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum atau 'insider trading' manakala dua lagi dikenakan tuduhan bersubahat dengannya. Bekas Pengarah, Yeow Kheng Chew, 64, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperoleh 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011. Ini berikutan cadangan penggabungan Kumpulan Kenchana Petroleum Berhad dan Kumpulan SapuraCrest Petroleum Berhad. Chee, 56, dan Tan Yee Chee, 46 dituduh bersubahat dengan Yeow, bekas rakan niaga, Datuk Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Suruhanjaya Sekuriti diwakili oleh Roz Mawar Rozain. Jika sabit kesalahan ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Hakim mahkamah sesyen Zulqarnain Hassan mem

Video: DOJ Tak Libatkan 1MDB - @NajibRazak 📹

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MBD). Beliau berkata, laporan tersebut tidak mengambil pandangan mana-mana pihak daripada 1MDB dan pihak berkuasa Malaysia. "Ia juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di Amerika Syarikat, bermakna 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut, kerana 1MDB tak dinamakan dalam senarai laporan berkaitan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato Onn di sini, Jumaat. Bagaimanapun kata Najib, laporan itu didedahkan menerusi publisiti secara besar-besaran, sedangkan kes sivil tidak dilakukan seumpama itu. Ditanya punca publisiti besar-besaran itu, Najib berkata: "Ada banyak pandangan mengenainya tetapi saya tidak mahu buat spekulasi." Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan mempertingkatkan keselamatan berikutan pelbagai ancaman dan Malaysia tid

Video: Laporan Polis Khairul Azwan Atas Kapasiti Individu - @NajibRazak 📹

Laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti individu, bukan mewakili parti. Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan tindakan rakyat negara ini yang berhak untuk membuat laporan polis. "Ia adalah tindakan secara individu. Semua pihak ada hak. Kalau dia fikir ada maklumat atau sesuatu yang perlu disiasat oleh pihak polis, dia ada hak. "Kita tak boleh paksa dia untuk buat atau tak buat (laporan polis). Itu terserah kepada dia," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan yang dibuat Khairul Azwan itu atas kapasiti individu atau parti Umno.  Najib berkata, terserah kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut. "Terserah

Mahathir: Negarawan Yang Hanyut

Image
Kalau dilihat situasi keadaan UMNO yang kononnya dalam keadaan parah akibat tindakan sabotaj mantan PM, Tun Mahathir, mungkin nampak macam ia bakal terjadi. Tetapi wave mantan dalam merosakkan UMNO baru yang didaftar kannya dahulu akibat konflik pada tahun 1980-an tidak sama dengan cara Anwar Ibrahim merosakkan imejnya ketika era reformasi tahun 1998. Tetapi mungkin kerana panjang umurnya, egonya, angkuhnya, maka kesimpulan yang boleh diberikan, Tun Mahathir tidak pedulilah apa akan jadi, rosak melayu kerana berpecah, rosak agama kerana berpuak. Sejak fasa pertama hingga sudah ke fasa keberapa tidak tahu Gerakan Anti Najib tidak berjaya, maka fasa akhir, atau fasa kerosakan total bakal dilakukan oleh Tun untuk memuaskan hatinya yang sudah berjaya mengundurkan Najib. Bersekongkol dengan Dap sedangkan gerakan awal mengatakan ingin menyelamatkan UMNO, mensabotaj ekonomi negara dengan menjaja satu pelusuk dunia tentang Najib merompak duit, korupsi, malah serangan berulang-ulang dij

AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib

Image
KENYATAAN MEDIA YB DATUK AB AZIZ KAPRAWI, AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO. UNTUK EDARAN SEGERA 26 JULAI 2016 aziz-kaprawi AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib 1. Merujuk kepada kenyataan media Azmin Ali pada 21 Julai 2016, saya ingin melahirkan rasa kesal dan ingin menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk memohon maaf atas kenyataan jijik beliau. 2. Jelas disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara (AG) AS, Loretta E. Lynch bahawa prosiding yang diwartakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merupakan satu saman sivil terhadap sebuah syarikat penerbitan filem berpangkalan di Amerika. 3. Saman sivil bukanlah satu prosiding jenayah dan ia dilakukan atas laporan 'individu' tertentu kepada DoJ tentang kemungkinan berlaku penyelewangan atau penggubahan wang haram berkaitan urus niaga 1MDB dengan beberapa rakan niaganya. 4. Kenyataan media Lynch hanya menamakan empat (4) orang sahaja iaitu Riza Aziz, Jho Low, dan dua

1MDB: Bersihkan nama masing-masing - @NajibRazak

Image
Kerajaan mahu semua individu yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengambil serius terhadap laporan tindakan saman sivil DOJ ke atas 1MDB dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak bagi melengkapkan siasatan. "Kerajaan tetap pandang berat atas perkara ini dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka dan pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan, ini prinsip kita. "Kita harap lambat laun, akan tahu kebenarannya dan jangan terbawa-bawa dalam soal ini. Kita buat urusan kita dan serahkan mengikut proses keadilan yang sewajarnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji Program Khas Haji Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abid

Laporan DoJ adalah satu penyataan (statement) oleh pihak yang menuntut. Tidak lebih dari itu...

Image
Harus difahami, ianya: i)  bukan bahan bukti; ii)  bukan keterangan; iii) bukan penghakiman Mahkamah. Tuntutan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk menyita harta beberapa individu perlu melalui satu proses Mahkamah. Perlu difahami bahawa: a) MENGEMUKAKAN TUNTUTAN adalah satu hal, namun MEMBUKTIKAN TUNTUTAN adalah satu hal yang lain; b) MEMPUNYAI BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI YANG BOLEH DITERIMA MAHKAMAH adalah satu hal yang lain; c) MENGEMUKAKAN BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI MELALUI SAKSI YANG ADA PENGETAHUAN TENTANG BAHAN BUKTI adalah satu hal yang lain; d) MEMPUNYAI SAKSI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN SAKSI YANG RELA HADIR DALAM BIDANGKUASA MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT adalah satu hal yang lain; e) MENGEMUKAKAN KETERANGAN (EVIDENCE) adalah satu hal, namun PEMILIHAN HANYA KETERANGAN YANG RELEVAN KEPADA PROSIDING adalah satu hal yang lain; f) MENGEMUKAKAN BUKTI DAN KETERANGAN adalah satu hal, namun MEMILIH BUKTI DAN KETERANGAN

TABAYYUN SEBELUM MEMPERCAYAI SESUATU.

Image
Arab Saudi pun pernah dituduh terlibat dalam siri serangan 911 oleh U.S Department of Justice. Malah dalam laporan '911 commission report' terdapat 28 muka surat yang 'diharamkan untuk diterbitkan' selama 14 tahun, yang mana menjadi 'modal' pelobi dan pembenci negara Islam untuk mengaitkan negara Islam berkenaan dengan serangan pengganas 911. Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka (Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul "A Country and A Citizen for Happy, Decent Life, terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40). Ternyata, 28 muka surat tu dah 'declassified', baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911. Justeru itu..sebaran berita dari Amerika Syarikat ini harus dipertimbangkan ter

Kata Mallot bukti kukuh dan cukup, tunggu apa lagi, dakwa sahajalah!

Image
Kata John Mallot, "The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough, and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers." Bagi yang tidak mengetahui, AS adalah negara yang sama yang 'membuktikan' terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS. Inilah juga negara yang kononnya mempunyai teknologi yang begitu canggih, tetapi masih gagal mencari pesawat MH370. Apapun hujah Mallot dan yang sepertinya, soalan yang sama masih gagal dijawab - "Jika semua bukti ada dan kukuh, kenapa Jabatan Kehakiman AS memilih saman sivil dan bukan terus mendakwa setiap penama di mahkamah?" Mallot gagal menjawab soalan itu. Kedua, Mallot berhujah, "Thanks

US DOJ kata "YA" tetapi 1MDB berkata "TIDAK". Mengapa?

Image
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan pembekuan aset kononnya bagi mendapatkan semula 'kehilangan' itu namun 1MDB menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira. Ringkasnya, DOJ mendakwa ada orang mencuri wang anda dan mereka akan dapatkan semula wang itu, disebalik 1MDB sudah katakana, "Tidak. Ia bukan wang kami." Mengapa kejadian pelik ini berlaku? Mari kita jejaki wang itu, khususnya tiga sumber dana yang didakwa DOJ, sebagai sumber wang dicuri. SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 1: Good Star, sebagai sebahagian daripada Perkongsian antara PetroSaudi dan 1MDB. Apa yang dibayar 1MDB: USD1.83 bilion di mana USD1.03 bilion dipindahkan kepada Good Star dan USD800 juta kepada PetroSaudi. Apa terjadi kepada wang itu: Usahasama itu diubah menjadi pinjaman. Pinjaman itu sudah dibayar oleh PetroSaudi kepada 1MDB melalui unit pelaburan berjumlah USD2.32 bilion (prinsipal + faedah/divi

10 soalan yang perlu dijawab oleh Peguam Negara AS Loretta Lynch

Image
Walaupun Peguam Negara AS Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) telah mengeluarkan aduan awam sepanjang 136 muka surat bagi merampas aset beberapa rakyat Malaysia, mereka tiada langsung menyertakan sebarang dokumen bagi membuktikan dakwaan mereka. Oleh itu, dakwaan-dakwaan yang dinyatakan dalam aduan awam tersebut masih belum dibuktikan. Maka, Lynch dan DOJ perlu menjawab 10 soalan berikut bagi memastikan bahawa dakwaan yang dibuat mereka tidak boleh disangkal. 1. Apakah yang menyebabkan DOJ begitu yakin bahawa terdapatnya "satu konspirasi antarabangsa bagi mencuri wang yang diselewengkan daripada 1MDB" sedangkan mereka tidak pernah menghubungi atau menemuduga 1MDB,  Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Kerajaaan Arab Saudi bagi menentukan apa sebenarnya yang terjadi secara menyeluruh? Bukankah secara semula jadinya semua siasatan haruslah mengambil kira temuduga dengan "mangsa" dan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum me

1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low

Image
Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi. 1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan. Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka. Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di d

VIDEO: SKANDAL LORRETA LYNCH PEGUAM NEGARA AS & HILLARY CLINTON "DIVERT" UNTUK KEMPEN PRESIDEN AS

Dua isu besar Lorreta Lynch 1) Pertama - Penglibatannya dalam pengubahan wang haram & kartel dadah. Pesalah tidak didakwa malah membantu rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. 2. Kedua- Isu bulan julai yang paling panas di Amerika Syarikat iaitu Skandal Hillary Clinton berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara. Tiada pilihan dan akhirnya LORETTA LYNCH, FBI DAN JABATAN KEHAKIMAN AS berjaya "divert" isu Skandal Loretta dan Clinton itu. Kisah IMDB meletup seluruh dunia melupakan kisah dan salah laku Loretta dan bakal calon Presiden AS dari Parti Demokrat. Lain-lain Artikel asal https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1026486024102258&id=515643958519803&substory_index=0 Kredit Video: Semut

DI KALA JABATAN KEHAKIMAN AS SIBUK MEMBURUKKAN MALAYSIA, MUKHRIZ MAHATHIR ANAK 'SI PENJATUH KERAJAAN' SIBUK MENAMBAHKAN KEKAYAAN & KEPENTINGANNYA DALAM OPCOM HOLDING BERHAD!

Image
1. Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. 2. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin. 3. Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani. 4. Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan d

Saari Sungib Nak Jadi Pengemis Untuk Jawatan Exco Kata Azmin

Image
ADUN PENGEMIS JAWATAN! Kah Kah Kah.. ADUN PAN kena sebijik dari MB Azmin Ali. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib sebagai ingin mengemis jawatan Exco. Azmin menerusi laman mikro twitter miliknya sebentar tadi mempersoalkan tindakan Saari sebagai pengemis untuk jawatan itu. Tweetnya yang berbunyi '@saarisungib nak jadi pengemis untuk jawatan exco ke?' mendapat respon daripada pengikut dan pelayar laman itu. Rata-ratanya tidak faham mengapa menteri besar itu 'tweet' persoalan tersebut. 'WTF ni Azmin?,'Tulis Azman Manaf Nik Mohd Khairuzi berkata, 'Aik Datuk Seri tiba-tiba saja,'komennya. Terdahulu, Saari menyarankan Azmin tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang. Katanya, perselisihan faham antara Azmin dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan

Daesh: 14 Ditahan, Satu Kilo Bahan Letupan IED Dirampas

Image
Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah antara 14 individu ditahan di lima negeri pada 14 Julai sehingga Rabu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh. Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita tempatan yang berusia di antara 20 dan 49 tahun. "Empat daripada mereka tidak bekerja, tiga bekerja sendiri, dua bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran francais di LembahKlang, dua pekerja syarikat swasta serta masing-masing seorang mekanik ,jurukimpal besi dan pelajar IPTS. "Hasil siasatan, kami mendapati 12 suspek yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah merupakan anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas," kata Khalid dalam kenyataannya di sini, Sabtu.

Muhyiddin didakwa berbohong dalam isu laporan DOJ AS

Image
Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu dan melihat apakah lagi pembohongan yang ingin beliau lakukan. Sebelum ini, terbukti beberapa kenyataan beliau berkaitan 1MDB bukan saja ternyata dangkal tetapi sarat dengan pembohongan. Kenyataan terbaru beliau berkaitan Jabatan Kehakiman AS menunjukkan bahawa beliau tidak memahami proses undang-undang yang sedang berlaku dan masih mahu membohongi rakyat. Pertamanya, Muhyiddin berbohong apabila menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil serius mengenai kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini. Jelas perdana menteri dalam kenyataannya telah menegaskan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan Jabatan Kehakiman AS ini dan akan memberikan kerjasama penuh jika diminta. Bagaimanapun, pendirian Malaysia adalah jelas bahawa proses undang-undang mesti dihormati. Biarlah tindakan saman sivil ini melalui proses yang sepatutnya dan set

Najib Perlu Berani, Terus Berjuang

Image
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berani dan terus berjuang menentang hentaman politik ketika beliau meningkat usia 63 tahun pada Sabtu. Salleh berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong perdana menteri tetapi ingin berdiam diri kerana mereka merasakan tiada guna berhujah mengenai sesuatu yang tidak akan diselesaikan. "Rakyat Malaysia ini mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan anda (Najib) dan akan terus berdiri di belakang anda. Percaya dan yakinlah anda tidak keseorangan. Selamat hari lahir Dato' Sri, kekal berani dan terus berjuang kerana kami bersama anda," katanya dalam blognya sskeruak.blogspot.my . Beliau berkata tiada sesiapa pun boleh menafikan bahawa ia merupakan 40 tahun karier politik yang mencabar buat Najib, terutamanya pada 10 tahun lalu sejak 2006 apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan beliau sudah cukup rehat dengan persaraan

Amaran Terakhir Untuk Guan Eng - Peguam Negara

Image
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Sabtu mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya. Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah disebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Lim. "Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya. "Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya. "Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu. Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam pe

Mencela Pemimpin, Ciri Khas Kelompok Khawarij

Image
Mencela pemimpin merupakan ciri khas manhaj yang ditempuh oleh kaum khawarij. Awalnya hanya sekedar mengkritik dan membeberkan aib pemimpin di atas mimbar, seminar, koran dan medsos tetapi membengkak hingga tiada lain terminal akhirnya kecuali memberontak pemimpin. Jelas kiranya, metode ini menyelisihi petunjuk Nabi dalam mengingkari penguasa dan merupakan sumber segala fitnah/kerusakan sepanjang sejarah sebagaimana dikatakan imam Ibnu Qayyim dalam I'lam Muwaqqi'in (3/7). Sebagai bukti bahwa metode seperti itu adalah metode yang diterapkan kaum khawarij adalah riwayat imam Tirmidzi dan selainnya dari Ziyad bin Kusaib Al-Adawi, katanya: كُنْتُ مَعَ أَبِيْ بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ أَبِيْ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ, فَقَالَ أَبُوْ بِلاَلٍ: انْظُرُوْا إِلَى أَمِيْرِنَا يَلْبَسُ لِبَاسَ الْفُسَّاقِ, فَقَالَ أَبُوْ بَكْرَةَ : اسْكُتْ! سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ يَقُوْلُ: مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللهِ فِيْ الأَرْضِ أَهَانَهُ اللهُ "Saya pernah bersama

Dajal akhir zaman

Image

Amanah tidak diajak bincang pilihan raya Pulau Pinang

Image
Amanah yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR berkata pihaknya tidak dipelawa dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng mengenai cadangan pilihan raya awal di Pulau Pinang. Pengerusi Amanah negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press. "Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin Amanah," katanya. Bukan itu sahaja jelasnya, Amanah juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan cadangan berkenaan. Mengenai pembahagian kerusi, Mujahid berkata, ia hanya boleh dibincang selepas tarikh pilihan raya awal, selepas membuat ketetapan mengenai perkara itu barulah perbincangan mengenai peruntukan kerusi boleh diadakan. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim memberi jaminan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara bersendirian. (proving that

#SKANDAL LORRETA LYNCH PEGUAM NEGARA AS DAN BAGAIMANA LORRETA MENGGUNAKAN JABATAN KEHAKIMAN AS UNTUK SAMAN SIVIL IMDB

Image
1.  Lorreta Lynch Peguam Negara AS tidak lepas dari kontroversi. Pertama yang dipertikai ialah Penglibatannya dalam pengubahan wang haram. Ketika beliau sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan. Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang bertanggungjawab menjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa, Lynch

Saman sivil Jabatan Kehakiman AS tidak namakan Perdana Menteri sebagai defendan

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dinamakan sebagai defendan atau dikatakan melakukan sebarang salah laku jenayah dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Mohamed Apandi turut memandang berat terhadap sindiran dan dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri mengenai apa yang dikatakan salah laku jenayah berhubung tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. "Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa tindakan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau dikatakan telah melakukan salah laku jenayah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan 1MDB. "Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, adalah tidak wajar untu

Kebodohan pemimpin Pakatun desak Najib letak jawatan atas kes sivil yang tiada melibatkan beliau

Image
Kebodohan besar Pemimpin Parti Pembangkang dan puak pro-tongong apabila mendesak PM Najib Razak untuk bercuti/meletakkan jawatan atas kenyataan Peguam Negara Amerika yang secara jelas berkata: 1. Ini adalah Prosiding Sivil; tiada dakwaan jenayah. 2. Tidak disebut nama Perdana Menteri langsung. 3. 1MDB pun tidak disebut sebagai penama aset & hartanah. 4. 4 nama disebut dengan jelas: Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, dan Khadem al-Qubaisi. Inipun disebut sebagi pihak yang didakwa, bukan pemilik aset-aset tersebut. Nama Lim Guan Eng jelas dinamakan sebagai pemilik banglo tersebut namun TIADA desakan untuk meletakkan jawatan/bercuti oleh puak-puak di atas. ‪#‎DoubleStandard‬

Media statement by 1MDB: US Attorney General Press Conference

Image
Media statement by 1Malaysia Development Berhad Issued on 21 July 2016 For immediate publication US Attorney General Press Conference 1MDB notes a press conference led by the US Attorney General today relating to a civil court action filed by the government of the United States of America. 1MDB highlights that it is not a party to the civil suit, does not have any assets in the United States of America, nor has it benefited from the various transactions described in the civil suit. Furthermore, 1MDB has not been contacted by the US Department of Justice or any other foreign agency in relation to their investigations. As previously stated, 1MDB will fully cooperate with any foreign lawful authority, subject to international protocols governing such matters and the advice of the relevant domestic lawful authorities. Ends.