Posts

Showing posts with the label Guru

[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati

Image
[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati Sumber:  https://pakdin.my/158075   .. Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama. Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati. "Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati," menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung. Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas ala

Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil

Image
Guru Indonesia dipenjara seumur hidup merogol 13 pelajar, 8 daripadanya hamil [Sumber: https://pakdin.my/?p=154815 ] Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya. Kes itu perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama. Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung. Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu. Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu. Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus