Posts

Showing posts with the label Noh Omar

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Image
[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut. Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. “Dalam pada itu, ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan. “Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya melalui satu kenyataan seben

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Image
Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158432     Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15. “Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian. Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15. Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati. Sebelum ini Noh

Apa kaitan kluster mahkamah dengan #PRNJohor, soal Noh Omar

Image
Apa kaitan kluster mahkamah dengan #PRNJohor, soal Noh Omar [Sumber: https://pakdin.my/?p=154857 ] Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO masih berjalan dan tiada satu kes pun ditutup, walaupun jawatan Perdana Menteri kini disandang parti itu. “Apa kaitan kluster mahkamah dengan PRN (Johor), tiada kaitan pun…dah tiada modalkah? Nak kata kluster mahkamah (tetapi) kes ini (masih) berjalan di mahkamah, bukan ada campur tangan politik. “Tak lah macam PH (Pakatan Harapan) memerintah dulu, bila kes Lim Guan Eng tengah berjalan, dia boleh batalkan. Bila kes itu digugurkan, kita tiada pun (nak serang),” katanya selepas melancarkan Sambutan 100 Tahun Koperasi di sini. Memetik laportan FMT, sebelum ini Muhyiddin mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang “kluster mahkamah” daripada kembali berkuasa ialah mengalahkan BN pada PRN Johor. Mengulas lanjut, Noh yang juga Ketua Umno Selangor berkata, Muhyiddin tiada hak menghalang mana-ma