Posts

Showing posts with the label Tikam

Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari

Image
Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari BACA seterusnya: https://pakdin.my/166281 KOTA BHARU  -- Seorang lelaki direman tujuh hari bermula semalam selepas disyaki menikam bekas isterinya Rokiah Ayub, 42, sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh di sini semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 51 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Lelaki tersebut direman hingga Sabtu ini dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah," katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam,  seorang wanita berusia 42 tahun yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun ditikam 13 kali hanya kerana cemburu selepas mengetahui bekas isteri itu mempunyai teman lelaki dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian Dalam insiden itu, suspek yang juga bekas suami mangsa turut cedera parah selepas diperca

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Image
Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338 KOTA KINABALU: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh oleh bekas tunangnya di sebuah premis dalam pusat beli belah di Jalan Haji Saman, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah itu, mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dalam premis berkenaan dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya. Pada masa sama, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian berjaya ditahan pasukan polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR). VIDEO berkaitan: https:/

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

Image
[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160458/ WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di negeri New York semalam. Susulan serangan sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) itu, Rushdie dibawa menaiki helikopter ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan, kata ejennya dalam satu kenyataan kepada akhbar The New York Times. “Rushdie berkemungkinan besar hilang satu mata. Saraf tangannya rosak teruk dan hatinya juga rosak akibat ditikam,” kata ejen penulis itu, Andrew Wylie sambil menambah, Rushdie tidak boleh bercakap. Polis negeri New York mengenal pasti suspek terbabit sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey, namun motif serangan masih belum jelas. Polis berkata, Rushdie ditikam di leher dan perut. Sebilangan penonton bergegas ke pentas dan menjatuhkan suspek sebelum seorang a

[Video] Pemilik bengkel motosikal maut ditikam di Kerian

Image
[Video] Pemilik bengkel motosikal maut ditikam di Kerian   -  https://pakdin.my/155123 - PARIT BUNTAR – Seorang pemilik bengkel motosikal mati ditikam di hadapan premisnya di pekan Titi Serong dekat sini petang tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 petang dengan identiti mangsa dikenali sebagai sebagai Tan Hee Song, 43. Sumber memberitahu, suspek dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki berusia 50an sebelum suspek lari meninggalkan tempat kejadian. “Difahamkan semasa kejadian isteri mangsa, Khor Chai Peng, 41, berada di Parit Buntar kerana membeli barang. “Anak mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah sedang makan tengah hari di bahagian belakang dalam kedai tersebut,” ujar sumber tersebut. Mangsa yang parah telah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar tetapi disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan. Sementara itu, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat Daerah Polis Kerian berhubung kejadian tersebut.