Posts

Showing posts with the label Anjing Pengesan

‘Blake sudah tiada’

Image
‘Blake sudah tiada’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168033 Anjing pengesan, Blake yang juga hero tragedi tanah runtuh Batang Kali terpaksa ditidurkan (euthanized) pada 4.38 petang Isnin selepas dikesan menghidap barah lymphoma. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Blake didiagnosis menghidap barah lymphoma tahap empat pada 15 Ogos lalu. Blake telah dimasukkan ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan. “Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak veterinar malah barah lymphoma yang dikesan pada anjing tersebut juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar”  “Hasil perbincangan bersama pakar, JBPM bersetuju untuk menidurkan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak, tiada harapan dip

[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa

Image
[VIDEO] Laungan 'Allahuakbar' iringi kejayaan MAS-01 SMART selamatkan mangsa gempa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162329 GAZIANTEP (TURKIYE): Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menzahirkan perasaan bersyukur serta lega kerana berjaya menyelamatkan lima sekeluarga, semalam, selepas mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan kediaman mereka sejak enam hari lalu akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye. Pegawai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MAS-01 SMART, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, berkata takbir 'Allahuakbar' dilaungkan pada saat mangsa pertama membabitkan seorang remaja lelaki, dibawa keluar pada jam 1.20 tengah hari (6.20 petang waktu Malaysia), dengan perasaan sebak menyelubungi diri beliau dan anggota pasukannya. Namun, Muhamad Zul Khairi bersama anggota kumpulannya menahan diri daripada terbawa-bawa perasaan itu, kerana tahu mereka memikul tanggungjawab dan harapan besar daripada rakyat tempatan untuk menyelamatkan mangsa yang ter