Posts

Showing posts with the label Hijau

Bumi Mekah bertukar hijau dan subur

Image
Bumi Mekah bertukar hijau dan subur https://pakdin.my/174840/ RIYADH – Pusat Kebangsaan untuk Pembangunan Tumbuh-Tumbuhan dan Memerangi Penggurunan mengumumkan peningkatan  600 peratus kawasan hijau tumbuh-tumbuhan di wilayah Mekah dalam tempoh lima bulan lalu dari Ogos hingga Disember 2023, lapor akhbar Saudi Gazette semalam. Perubahan yang berlaku disebabkan oleh jumlah hujan yang meningkat tempoh tersebut, mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Mekah. Analisis data ‘remote sensing’ atau penderiaan jauh angkasa mendedahkan bahawa jumlah keluasan kawasan tumbuh-tumbuhan di Mekah pada  Ogos 2023 ialah 3,529.4 kilometer persegi. Keluasan kawasan hijau itu meningkat pada bulan-bulan berikutnya akibat peningkatan hujan sehingga mencapai 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu. Menjelang Disember 2023, kawasan litupan tumbuh-tumbuhan menjangkau 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan wilayah Mekah. Ia turut melibatkan Mekah, Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulai