Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA
Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA Sumber: https://pakdin.my/157545 - Beberapa menteri tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengundi semalam, sekali gus menyaksikan satu usul berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan. Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen. Usul yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini ditolak selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 85 lagi menyokong. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir. Tujuh menteri dan tujuh timbalan menteri antara 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Wee Ka Si