Posts

Showing posts with the label Ampang Pechah

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Image
Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769 Hulu Selangor: Seorang remaja lelaki putus jari kelingking selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah, dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang. Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian. "Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun. VIDEO berkaitan: "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi, hari ini. Morni berkata, mangsa bagaimanapun bertindak keluar sendiri daripada keretanya sebelum bomba tiba di tempat kejadian. Beliau berkata, selain jari kelingking putus, mangsa juga c