Posts

Showing posts with the label Bintulu

Wahab dakwa Agus serang secara seksual

Image
Wahab dakwa Agus serang secara seksual BACA di: https://pakdin.my/173920 Polis mula menjalankan siasatan susulan dakwaan gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tersebut dilakukan di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di Selangor, semalam. Jelas beliau, laporan tersebut berkaitan gangguan seksual dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak. “Abdul Wahab mendakwa, dia tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap suspek (Mohammad Agus). “Siasatan masih diteruskan dan kita akan panggil beberapa individu lagi bagi diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Semalam, media melaporkan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir hadir ke IPD Kajang bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi member

Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu

Image
Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160702/ Seorang pekerja wanita warga Indonesia rentung apabila bilik didiaminya di sebuah blok rumah pekerja di kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu, kira-kira 20 kilometer dari sini, terbakar awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata ketika kejadian, hanya wanita berusia 24 tahun itu berada di bilik berkenaan manakala dua rakan sebiliknya sedang bekerja. Beliau berkata 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus bomba menerima panggilan kebakaran pada 2.59 pagi. Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik nombor lima (daripada tujuh pintu) dan terbakar 100 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada 3.20 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi," katanya dalam kenyataan. Menurut jurucakap itu, mayat wanita dikenali sebagai Dilla tersebut diserahkan kepada polis untuk tin

[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari

Image
[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari Selanjutnya:  https://pakdin.my/158329 - BINTULU: Seorang lelaki maut dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti dalam kejadian dipercayai langgar lari di Lorong Permata 2, di Jalan Sungai Plan Tanjung Kidurong, hari ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John, lelaki berusia 23 tahun itu disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Katanya, siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 5.15 pagi itu, mangsa dipercayai sedang memandu keretanya dari arah Sungai Plan menghala ke pusat bandar. "Sampai di lokasi insiden, mangsa memberhentikan keretanya dan keluar melintas jalan sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan," ujar beliau. Kes itu menurut Bingkok akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Ketua Bahagian Sias