Posts

Showing posts with the label SOSMA

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Image
[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158517 Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan semalam. “Kami tidak mahu membuat spekulasi mengenai motif pembunuhan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada FMT. Suresh berkata, kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian tembakan juga sedang dianalisis. Mangsa, Murali Shunmugam, 36, dari Bukit Selambau, didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang suspek melepaskan beberapa tembakan di depan sebuah restoran di Jalan Bakar Arang, semalam. Tembakan itu mengenai kepalanya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan. Semalam, Ketua...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

Image
[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA Selanjutnya di: https://pakdin.my/158506   SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa dikenali sebagai Murali Shanmugan berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal. Suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan serta muka dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa dikatakan datang ke restoran terbabit bersama isteri, seorang kanak-kanak dipercayai anak angkat serta rakannya dan baru selesai membungkus makanan untuk dibawa pulang. Bagaimanapun, sebaik membuka pintu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya, mangsa dihampiri empat lelaki yang menunggang motosikal dan terus melepaskan tembakan dari jarak dekat dan difaham...

Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA

Image
Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA Sumber:  https://pakdin.my/157545 - Beberapa menteri tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengundi semalam, sekali gus menyaksikan satu usul berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan. Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen. Usul yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini ditolak selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 85 lagi menyokong. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir. Tujuh menteri dan tujuh timbalan menteri antara 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Wee K...

[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen

Image
[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157510 - Walaupun PM9 telah mendapat mandat Perhimpunan Agung UMNO untuk bubarkan Parlimen tetapi perkara paling sukar untuk bubar parlimen adalah PM ke-9 perlu beri alasan yang meyakinkan YDP Agong.  Tetapi sekarang PM ke-9 sudah mendapat 3 alasan kukuh yang disediakan PH untuk dipersembahkan kepada YDP Agong. 1. Kerajaan tidak stabil menyebabkan banyak orang undang-undang negara boleh terbatal dan seperti semalam undang-undang SOSMA untuk mencegah keganasan telah terbatal. 2. Keadaan majoriti tipis kerajaan tidak boleh mengharapkan MOU antara 3 komponen parti besar kerana mudah dikhianati. 3. Malaysia perlu kerajaan yang stabil untuk tamatkan krisis politik, krisis ekonomi dan kewangan. Terima kasih Teresa Kok dalam text di FB nya mengatakan mereka gembira dapat tewaskan kerajaan dan hapuskan SOSMA. Ini akan jadi bukti jelas kepada YDP Agong untuk b...

MARIA CHIN'S SOSMA DETENTION - FACT VS FICTION

Image
Don't be fooled by false propaganda about her arrest which are designed to get sympathy for her.  -------------------------------------- IGP: Maria could have asked for mattress but did not Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said that Maria Chin Abdullah’s solitary confinement should not have been an issue, while insisting that her detention under Sosma is in line with lockup rules and the Prisons Act 1995 SEPANG, Nov 23 — The police have denied that Maria Chin Abdullah was treated badly under detention such as being denied a mattress, saying that the Bersih 2.0 chair could have asked for one but refused to do so. Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar also said that her solitary confinement should not have been an issue, while insisting that her detention under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) is in line with lockup rules and the Prisons Act 1995. “I deny that we’re treating her badly. Whatever tr...

MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?

Image
Sangat luar biasa mengapa Maria Chin dikenakan tahanan SOSMA sedangkan semua orang lain yang ditahan sudah keluar. Kemungkinan ia adalah disebabkan oleh siasatan berkaitan dokumen DC Leaks dimana OSF milik Soros 'mendakwa mereka adalah pemacu utama Program di Malaysia, memainkan peranan penting dalam membawa beratus-ratus ribu orang turun untuk berhimpun dalam demonstrasi BERSIH dan OSF bukan hanya sekadar membiayai. Lanjutan dari pendedahan DC Leaks, BERSIH dan Majlis Peguam juga mengaku menerima dana daripada Soros dan juga NDI (di mana dana dari NED adalah terang-terangan daripada CIA). Sejarah Maria juga menarik kerana arwah suaminya menyertai PLO sehingga ke tahap menjadi pengawal peribadi Yasser Arafat. Dan apabila mereka kembali ke tanah air, mereka telah mengasaskan dua gerakan NGO dimana ejen CIA mendiang Philip Agee yang telah mendedahkan sebagaj kerja dalaman CIA. Harus ingat bahawa siasatan PDRM bermula lebih awal dan apabila ...