Posts

Showing posts with the label DUN Johor

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.

#PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor

Image
  #PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153688 ] JOHOR BAHRU: Menteri Besar Hasni Mohammad bergegas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas selesai mesyuarat Umno negeri sebentar tadi. Hasni ketika ditemui media berkata beliau sudah mendapat persetujuan daripada Umno Johor untuk mengadakan pilihan raya negeri. “Saya akan buat sidang media pada 6 petang ini, kerana saya akan bermesyuarat dahulu dengan barisan Exco kerajaan negeri dan selepas itu melakukan pertemuan bersama Baginda Sultan Ibrahim. “Semua akan dijelaskan pada 6 petang ini, yang utama saya sudah mendapat consent (persetujuan) oleh Umno untuk adakan PRN,” katanya ringkas. Sebentar tadi Hasni mempengerusikan mesyuarat Umno peringkat negeri dihadiri semua 26 ketua bahagian yang berlangsung selama sejam. Pemimpin yang dilihat hadir ialah Shahrir Samad, Azalina Othman Said, Hishammuddin Hussein, Dr Adham Baba, Mohamed Khaled Nordin dan