Posts

Showing posts with the label Perdana Menteri

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Tindakan undang-undang terhadap pihak bersekongkol

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Tindakan undang-undang terhadap pihak bersekongkol BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165817 Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberikan sebarang sokongan, bantuan atau bersekongkol dengan penuntut kumpulan Sulu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj. "Kerajaan Malaysia juga akan terus membantah sebarang bentuk pembiayaan oleh pihak ketiga, yang menyokong penyalahgunaan proses yang telah dimulakan oleh pihak yang membuat tuntutan," kata beliau. Anwar berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai tuntutan daripada lapan warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu terhadap kera

[VIDEO] RM10 billion wang kerajaan mungkin 'disalur' kepada pemimpin, parti politik

Image
[VIDEO] RM10 billion wang kerajaan mungkin 'disalur' kepada pemimpin, parti politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161910 Negara dipercayai mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran terus berlaku dalam sistem perolehan kerajaan jika amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk pengubahsuaian pendekatan cara lama termasuk tanpa campur tangan politik atau kepentingan golongan peniaga besar dalam sebarang kontrak kerajaan. “Walaupun baru mengetuai Kementerian Kewangan tidak sampai dua bulan, namun saya sudah mengenal pasti berlaku kebocoran tinggi sekitar RM3 bilion ke RM4 bilion yang boleh diselamatkan termasuk yang ‘dialihkan’ kepada parti politik tertentu. “Kita boleh selamatkan mungkin RM10 billion dari kebocoran yang terus berlaku dalam sistem perolehan,” katanya ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Image
[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160892/ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur. Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU). “Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas. Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno. https://youtu.be/jMRw6XqCxWA "Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur. Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu se

'Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam' - ini jawapan dari Pasukan Telegram

Image
'Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam' - ini jawapan dari Pasukan Telegram BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160435/ Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of Foreign Affairs , Mr. Ismail Sabri and Saifuddin Abdullah of Malaysia were " hacked " by irresponsible parties .  Telegram is committed to provide all users a end - to - end messaging secure encrypted platform .  Telegram found no evidence of foulplay and suggests the offices of the Prime Minister and Ministry of Foreign Affairs to provide adequate cybersecurity training to its personnel that includes awareness on phishing attacks ( i.e .. avoiding opening malicious links related to pornography ) which potentially resulted in the accounts being compromised .  Telegram is an open source platform and we welcome anyone to check our source code , protocol and API .  Telegram rewards anyone

Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar

Image
Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden  PAN, Mahfuz Omar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159237   Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak selesa dengan desakan berterusan Umno agar pilihan raya umum (PRU) diadakan awal memandangkan ia menjejaskan kedudukannya. Mahfuz berkata, Ismail tidak akan senang dengan tekanan itu kerana beliau tahu rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup dan akan menunjukkannya pada PRU. “Saya tak rasa Ismail bersedia untuk melepaskan jawatannya begitu sahaja,” kata Mahfuz dalam program bual bicara Amanah yang disiarkan di Facebook semalam. “Saya tak rasa perdana menteri boleh terima keputusan yang dicapai pada konvensyen BN (Barisan Nasional) untuk membubarkan Parlimen sekarang, apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kos sara hidup.” “Perdana menteri patut tahu bahawa rakyat sudah letih dan muak dengan krisis yang kita hadapi sekarang. Jika beliau mahu jadi perdana menteri dengan pen

[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad

Image
[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad SUMBER:   https://pakdin.my/158197 ... SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'. "Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega. "Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana

[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN

Image
[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN SUMBER:  https://pakdin.my/158183 Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, saya ingin jelaskan bahawa kita (UMNO) ada perlembagaan sendiri dan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan apron dan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Putrajaya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan seb

[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan

Image
[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan SUMBER:  https://pakdin.my/158159 ... Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan terima kasih kerana mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15,” kata Ismail dalam posting diFacebook rasminya. Majlis Kerja Tertinggi ketika Mesyuarat Kerja Tertinggi (UMNO) semalam telah sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-15 kelak. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Bangunan UMNO semalam turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hj Ahmad Maslan. “Sesungguhnya ini adalah sebuah Amanah dan tanggungjawab yang harus d

PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis

Image
PAS tak menguntungkan rakan PN, kata penganalisis Sumber:  https://pakdin.my/158034   ... Penganalisis melihat PAS mempertaruhkan hubungannya dengan rakan gabungannya selepas menyuarakan pendirian mengenai isu penukaran agama kanak-kanak sebelah pihak dan cadangannya supaya jawatan perdana menteri dikhaskan kepada orang Islam. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, parti itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakan bukan Islam dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Bagaimanapun katanya, tidak jelas bagaimana pengundi bukan Islam akan memberikan reaksi kerana belum ada kepastian mengenai penjajaran politik PAS untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Ia bergantung dengan siapa PAS akan berpakat pada PRU15,” katanya. “Jika ia masih dengan PN, penyokong bukan Islam gabungan itu mungkin tidak mahu keluar mengundi sebagai tanda protes. Kita boleh lihat bagaimana peratusan keluar mengundi yang renda

Hadi pula dijangka bertemu Mahathir

Image
Hadi pula dijangka bertemu Mahathir Sumber:  https://pakdin.my/158030 .... Selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan bertemu Dr Mahathir Mohamad, kini PAS pula mengesahkan akan bertemu dengan pengerusi Pejuang itu bagi mengadakan rundingan dan membentuk kerjasama untuk perpaduan ummah. Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi selain mengulangi pendirian parti itu yang bersedia bekerjasama dengan Pejuang atau mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal. “Ya, dengan siapa sahaja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah. “Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia. Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir semalam mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Muhyiddin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, iaitu selepas Bersatu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor. Abdul Hadi

[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M

Image
[Video] Muhyiddin minta bantuan saya untuk jadi PM semula, kata Dr M Sumber:  https://pakdin.my/158026 ..... Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menemuinya baru-baru ini untuk meminta bantuan mendapatkan semula jawatan perdana menteri. “Muhyiddin jumpa saya, beliau mahu saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi,” kata Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM”. Semalam, dua bekas perdana menteri itu dilaporkan mengadakan pertemuan baru-baru ini atas permintaan Muhyiddin. Anak Mahathir, Mukhriz dipetik sebagai berkata, Muhyiddin mahu Pejuang dan PPBM bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15). “Semasa (Muhyiddin) jadi perdana menteri, kebanyakan orang tak puas hati dengan kepimpinannya,” kata Mahathir. “Beliau bukan perdana menteri yang bagus. Jika beliau capai sesuatu yang

#PRNJohor tidak boleh ditangguhkan, kata PM

Image
#PRNJohor tidak boleh ditangguhkan, kata PM [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154597 ] Pilihan raya negeri (PRN) Johor tidak boleh lagi ditangguhkan kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, jika ditangguhkan, ia disifatkan mustahil untuk dilakukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penting seperti penamaan calon dan pembuangan undi untuk PRN berkenaan. Katanya, penangguhan PRN Johor hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengumumkan darurat dan sudah tentu pihaknya tidak akan berbuat demikian. “Ia tidak boleh (tangguh PRN Johor). Hanya ada satu cara yang boleh tangguhkan PRN iaitu dengan mengadakan darurat, itu sahaja kaedahnya. “Apabila DUN sudah dibubarkan, butiran pilihan raya sudah diumumkan termasuk tarikh dan sebagainya, ia memang tidak boleh ditangguhkan. Kalau nak ditangguhkan hanya dengan mengumumkan darurat di seluruh Johor. “Kalau kita buat darurat, tak akan Johor sahaja darurat,

#PRNJohor: Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan

Image
#PRNJohor: Ugut PM, Bawa Faedah Kepada PPBM Atau Rakyat? – Ahmad Maslan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154279] TEBRAU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyelar kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dilakukan secara bersyarat. Katanya, ini kerana langkah tersebut tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat melainkan ianya bersifat ugutan yang dilihat hanya mempertahankan parti mereka sahaja. “Rakyat tak tahu apa syarat yang mereka sebut ini, saya juga tidak tahu… jadi saya ingin bertanya kepada Wan Saiful apa dia sokongan bersyarat itu? “Tolong nyatakan apakah ia ancaman atau ugutan kepada Perdana Menteri dan juga kerajaan yang ada sekarang ini. “Mereka ini mungkin ada kepentingan untuk menjadi menteri-menteri dalam kerajaan Keluarga Malaysia, bukan begitu? Mereka ada kepentingan untuk meneruskan jawatan-jawatan mereka, begitu juga Pas d

#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah

Image
#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah [Sumber: https://pakdin.my/?p=154251 ] Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta untuk berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti beliau dan UMNO. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti PPBM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa kumpulan yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ialah PPBM, bukannya UMNO. “Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat. “Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) ber

#PRNJohor: Sokongan bersyarat Bersatu bermakna PM tak bebas, sentiasa diugut, kata Puad

Image
  #PRNJohor: Sokongan bersyarat Bersatu bermakna PM tak bebas, sentiasa diugut, kata Puad [Sumber: https://pakdin.my/?p=154241 ] Sokongan bersyarat Bersatu kepada Perdana Menteri seperti yang diumumkan pemimpin parti itu baru-baru ini menunjukkan Ismail Sabri Yaakob tidak bebas dan sentiasa diugut, kata Puad Zarkashi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata atas sebab itu Parlimen wajar dibubarkan segera kerana syarat-syarat seperti itu menjadikan politik negara tidak stabil. “Perdana Menteri akan terganggu dengan ugutan dan kata dua,” katanya dalam kenyataan. “Itulah sukarnya bila wujud kerajaan majoriti lemah. Timbul banyak gangguan dan tuntutan tidak munasabah, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.” Puad menjawab kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, semalam bahawa sokongan parti itu kepada Ismail adalah bersyarat, di sebalik pertelingkahan dengan Umno berhubung Pilihan Raya Negeri Johor. Wan Saiful mengingatkan bahawa, “Ismail menjadi Perdana Mente

Menteri Luar Malaysia tidak memiliki seni diplomasi, kata Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja

Image
  Ini lah punca banyak negara menjauhi Malaysia terutama dalam soal perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Malaysia tidak memiliki seni diplomasi, kata Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja [Sumber: https://pakdin.my/?p=153672 ] Phnom Penh (FN), 21 Jan – Sebagai pengerusi penggiliran ASEAN 2022, perdana menteri Kemboja Hun Sen memberi reaksi keras terhadap kenyataan menteri luar Malaysia Saifuddin Abdullah yang mengkritik lawatan rasmi beliau ke Myanmar dalam temu bual dengan Aljazeera. Semasa perbualan telefon dengan presiden Indonesia Joko Widodo, perdana menteri Hun Sen menghantar mesej kepada menteri luar Indonesia dan meminta beliau menyampaikan mesej itu kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, menurut menteri pengiring, Kao Kim Hourn pada hari Jumaat. “Sebagai menteri luar dan diplomat, beliau (Saifuddin Abdullah) tidak sepatutnya menggunakan kata-kata kurang ajar secara tidak diplomatik di Pengerusi dan Ketua Kerajaan ASEAN,” Kao Kim Hourn memetik perdana menteri sebagai berkata. “