Posts

Showing posts with the label MySejahtera

PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus

Image
PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus Sumber:  https://pakdin.my/157580 = Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh syarikat baharu daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunkannya. PAC juga menyuarakan kebimbangan sama ada KPISoft telah menjual haknya ke atas aplikasi itu kepada MySJ Sdn Bhd untuk mendapatkan wang dan mengapa kontrak itu diberikan kepada MySJ melalui rundingan terus, memintas protokol perolehan. “Soalan saya ialah sama ada KPISoft telah menjual semua kepentingannya dalam aplikasi MySejahtera kepada entiti baharu itu,” kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh. Beliau berkata, pelantikan secara rundingan terus dengan syarikat baharu itu tidak sepatutnya berlaku. “Jika Kementerian Kesihatan (KKM) mahu menawarkan kontrak kepada entiti baharu, maka kementerian itu perlu mematuhi semua prosedur perolehan, bukannya secara rundingan terus.” Jika kerajaan mahu membayar unt

Nurul Izzah positif Covid-19

Image
Nurul Izzah positif Covid-19 [Sumber: https://pakdin.my/?p=154545] Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas menerima laporan ujian yang dijalankan dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah. Beliau memaklumkan menjalani kuarantin sejak 6 Feb lalu. “Saya telah menerima ujian laporan PCR yang menunjukkan saya positif Covid-19. “Namun, memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Feb, kami akan meneruskan Home Surveillance Order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan,” katanya di Facebook. Izzah berkata, walaupun mengalami gejala ringan tetapi beliau dalam keadaan baik. “Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot/sendi), Alhamdulillah kami dalam keadaan baik,” katanya. Izzah berkata, bagaimanapun Covid-19 ternyata bukanlah situasi yang mudah untuk dilaluinya. Beliau turut mengimbau memori ketika mengalami demam denggi, walaupun tidak begi