Posts

Showing posts with the label Masjid Tanah

[Video] Beribu bangkai ikan pias terdampar di pantai

Image
[Video] Beribu bangkai ikan pias terdampar di pantai Sumber:  https://pakdin.my/157869 ....... MASJID TANAH: Beribu bangkai ikan pias dikesan terdampar di sepanjang Pantai Sungai Tuang hingga Telok Gong, di sini, hari ini. Bangkai ikan berkenaan terdampar apabila dibawa ombak besar kesan daripada angin barat yang bertiup kencang mulai 3 petang ini. Hingga lewat petang ini, jumlah ikan yang terdampar semakin meningkat berikutan angin kencang dan ombak yang semakin tinggi. Nelayan, Mokhtar Bakar, 64, berkata, dia terkejut apabila turun ke pantai untuk membetulkan jaring ikan pada jam 4 petang ini. "Semua yang mati hanyalah ikan pias, iaitu ikan yang berenang dan bermain secara berkawan di permukaan ombak dan saya percaya ikan itu terkena tumpahan minyak di tengah laut. "Bangkai itu dibawa ombak dan angin barat ke gigi pantai, sekali gus menyebabkan pantai Sungai Tuang dan Telok Gong dipenuhi bangkai ikan itu," katanya ketika ditemui di pantai berkenaan hari ini. Penduduk ...