Posts

Showing posts with the label Hina Agama

Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun

Image
Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168127 - JAKARTA, INDONESIA -- Defendan kes makan daging babi sambil membaca bismillah, Lina Mukherjee, dijatuhi hukuman penjara 2 tahun oleh panel hakim di Mahkamah Daerah Kelas I Palembang, Sumatera Selatan. Selain itu, defendan yang nama sebenarnya Lina Lutfiawati turut didenda IDR 250 juta atau penjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denfa tersebut. “Membicarakan dan menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada defendan Lina Lutfiawati alias Lina Mukherjee dan denda Rp 250 juta atau 3 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” kata hakim membacakan keputusan itu. Panel Hakim Mahkamah Daerah Kelas I Palembang yang dipengerusikan Romi Sinatra menilai Lina Mukherjee secara sah dan terbukti dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan maklumat bertujuan menimbulkan perasaan benci kepada individu dan kelompok masyarakat tertentu berdasarkan agama. Keputusan yang diberikan oleh P...

[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis

Image
[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159612 Susulan kes hina agama, lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling telahpun ditahan polis di kediamannya hari ini.  Terdahulu, suspek telah memuat naik video menghina agama Islam dan mencabar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk tampil mengambil tindakan terhadap dirinya.  Bagaimanapun, tindakannya itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang mula mengesan lokasi sebenar lelaki itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki bertindak membelasahnya.  Ketika diserbu secara mengejut, lelaki itu disoal mengapa dia berbuat demikian dan apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah, dia akur dan mengucap dengan lancar.  "Habis, kenapa kau buat benda macam ni?" soal salah seorang lelaki yang turut serta dalam serbuan itu.  Dalam video terkini, kelihatan anggota polis hadir di lokasi kejadian dan suspek telah digari sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.  Orang ramai di...