Posts

Showing posts with the label Pengawal Keselamatan

[VIDEO] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh

Image
[VIDEO] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163792 Seorang Pengawal Keselamatan maut selepas tertimbus tanah akibat runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Jalan Syed Putra, di sini awal pagi tadi. Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Rizuan Razali berkata lelaki berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang bertugas dan berada di dalam pondok pengawal. Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, terdapat bongkah batu yang jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan itu, pada 8 malam, semalam. “Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan hendak membuat laporan berhubung bongkah batu yang jatuh itu namun tidak sempat. “Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.05 pagi,“ katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rizuan berkata seramai 41 anggota bomba d

[Video] Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak

Image
[Video] Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156838 - SUBANG – Seorang pengawal keselamatan maut manakala rakan sekerjanya cedera akibat ditembak dalam kejadian rompakan berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang. “Mereka dikatakan sedang mengawal van keselamatan berkenaan ketika kejadian. “Suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri,” ujarnya. Jelas beliau, maklumat lanjut berkenaan kejadian itu belum dapat dipastikan. “Kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank tersebut atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank di lokasi kejadian,” ujarnya.

Pengawal keselamatan maut langgar pokok

Image
Pengawal keselamatan maut langgar pokok [Sumber: https://pakdin.my/?p=155016 ] Bukit Beruntung: Pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Jalan Adenium, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 malam. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa berusia 22 tahun terbabas sendiri lalu melanggar pokok di pembahagi jalan. "Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,