Posts

Showing posts with the label Bayi

Mayat bayi perempuan dijumpai atas batu pantai Queensbay

Image
Mayat bayi perempuan dijumpai atas batu pantai Queensbay BACA di: https://pakdin.my/173964 BALIK PULAU – Mayat seorang bayi perempuan ditemui di atas batu persisiran pantai Queensbay, Bayan Baru, di sini petang tadi selepas dipercayai dibawa arus ke kawasan berkenaan. Difahamkan, penemuan bayi tanpa seurat benang itu dijumpai orang awam yang berada di lokasi tumpuan pengunjung tempatan di situ, iaitu terletak kira-kira hampir 80 meter dengan kawasan makan popular di situ. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 5.55 petang tadi. ”Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi yang dijumpai adalah perempuan dan disyaki dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di tepi pantai. “Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini,” katanya.
Image
[VIDEO] Bekas penuntut kolej Nur Izzati Adi, 26, erlepas hukuman mati sebabkan kematian bayi dalam tandas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165951 Seorang bekas penuntut kolej di Bukit Kayu Hitam, Kedah, menangis sejurus dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini selepas menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam tandas kolej itu, enam tahun lalu. Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Mohamed Zaini Mazlan secara sebulat suara mengarahkan Nur Izzati Adi, 26, yang sebelum ini dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara dibebaskan serta-merta dan meminta warden Jabatan Penjara membuka gari wanita itu bagi membolehkan wanita berkenaan dibebaskan. "Saya beri arahan kepada pihak penjara supaya membuka garinya serta-merta supaya perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada," kata Hakim Hadhariah. Nur Izzati dilihat menyapu air matany

[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat

Image
[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160561 KUALA KUBU BHARU: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, Hulu Bernam dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga. Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti. "Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek. https://twitter.com/kamaluddinidrus/status/1561345772087455745?s=21&t=TqZ60S7D6O4Ds1mnVWzWeA