Posts

Showing posts with the label Air Pasang

[VIDEO] Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang

Image
[VIDEO] Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161280 SANDAKAN - Dianggarkan lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, Sandakan, pada malam Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan. Ketua BBP Sandakan Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.14 malam. Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer dari BBP Sandakan. "Menurut laporan, dianggarkan lebih 100 rumah telah roboh dan 500 lagi rumah terancam akibat fenomena air pasang. "Tindakan pamantauan masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan melaporkan