Posts

Showing posts with the label Telekung

[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita

Image
[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161232 Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di Shah Alam, Selangor terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 Shah Alam pada Selasa lalu. Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri. Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang. “Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kec