Posts

Showing posts with the label MKT UMNO

[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib

Image
[VIDEO] MKT Mohon Ihsan Agong Pertimbang Pengampunan Penuh Buat Najib BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163289 Memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beserta dengan memorandum yang ditanda-tangani oleh seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian. memohon ihsan Ke Bawah Duli Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan MKT berdukacita dan mengetahui keresahan daripada ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444H mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini telah membincangkan beberapa perkara berikut: 1. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC. 2. Majlis Kerja Tertinggi mengambil maklum kedukacitaan dan keresah

Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Image
Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160947/ Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti. “Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber. Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19. Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15. Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Image
Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158432     Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15. “Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian. Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15. Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati. Sebelum ini Noh

Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti

Image
Perhimpunan Agung UMNO Khas 14 Mei, pinda perlembagaan tempoh pemilihan parti SUMBER:  https://pakdin.my/158163 .. Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021. “Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti. “Pada hari yang sama juga akan diadakan Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini. Terdahulu, MKT UMNO telah bermesyuarat dengan dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Ibu Pejabat part

[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan

Image
[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan SUMBER:  https://pakdin.my/158159 ... Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan terima kasih kerana mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15,” kata Ismail dalam posting diFacebook rasminya. Majlis Kerja Tertinggi ketika Mesyuarat Kerja Tertinggi (UMNO) semalam telah sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-15 kelak. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Bangunan UMNO semalam turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hj Ahmad Maslan. “Sesungguhnya ini adalah sebuah Amanah dan tanggungjawab yang harus d