Posts

Showing posts with the label Pemuda UMNO

Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200

Image
Saman fitnah, Ketua Pemuda UMNO diperintah bayar abang kandung RM49,200 BACA seterusnya: https://pakdin.my/174217 MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh. Ini susulan saman fitnah difailkan Muhamad Solehin pada September 2022 berhubung satu hantaran Facebook dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu pada 26 Ogos 2022. Dalam tuntutannya, Muhamad Solehin berkata, Muhamad Akmal memfitnahnya apabila menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif terhadapnya. Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat ketetapan itu selepas mendapati Muhamad Solehin berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhamad Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian. Mahkamah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka itu membayar sebanyak RM30,000 sebagai ganti rugi am...

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753 Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Timbalan Presiden UMNO. Para perwakilan yang saya hormati, 1. Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Semoga perhimpunan kita ini, mendapat keberkatan, demi perjuangan kita untuk agama, bangsa dan tanahair. 3. Malam ini, saya mohon kita membelakangkan segala perbezaan. Mengenepikan segala emosi, dan memperbaharui setiakawan kita demi UMNO. Demi Malaysia. Demi bangsa Melayu. 4. Ketepikan segala apa jua kemarahan, dendam, luka dan nestapa. 5. Akhirnya, di mana ada manfaatnya, semua kemarahan, kebencian dan perbezaan tersebut untuk bangsa dan parti? 6. Jangan musnahkan UMNO dengan amarah, dan d...