Posts

Showing posts with the label Presiden

Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu

Image
Muhyiddin akur suara parti, akan pertahan jawatan Presiden Bersatu BACA di: https://pakdin.my/173834 Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya dan akan bertanding pada pemilihan parti dijadualkan tahun depan. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan hasrat yang disuarakan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan ahli perwakilan yang meminta beliau untuk terus menerajui parti. “Sebenarnya isteri saya meminta saya untuk kekal menerajui parti untuk satu penggal lagi dan jangan kecewakan mereka. Dia kata teruskan, Bersatu masih perlukan saya, dan saya kata: I will stay for the last term,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 di sini hari ini.  Semalam, Muhyiddin mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan bagi memberi ruang kepada pemimpin pelapis mengambil alih kepimpinan parti mengikut proses demokrasi. Susulan itu, MPT dan...

[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi

Image
[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi BACA seterusnya di https://pakdin.my/161570/ Isham berkata UMNO tidak akan sesekali meminda perlembagaannya bagi membolehkan dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti. Beliau berkata parti tidak pernah membangkitkan perkara itu dan mendakwa ia dibawa oleh pihak tertentu dengan niat memecahbelahkan UMNO. Mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 minggu depan, Isham berkata pelbagai perkara berbangkit akan dibincang termasuk isu kekalahan pada PRU15, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan pemilihan parti. "Kita akan bincang mengenai pemilihan UMNO kerana dalam waktu kritikal ini, keadaan ekonomi tidak elok, kita berdepan risiko kerajaan bertukar lagi dan sekiranya UMNO tak stabil, banyak perkara akan terjadi. "Jika tumbang kerajaan, berlaku lagi ketidakstabilan politik maka pelabur tak akan masuk. Apa akan jadi pada negara kita, jadi ...