Posts

Showing posts with the label KTMB

🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB

Image
🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB BACA seterusnya: https://pakdin.my/174209 RAWANG: Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas. "Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan nilai untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rani berkata kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilome

Kereta api enjin stim konsep tradisional mula operasi Januari 2024

Image
Kereta api enjin stim konsep tradisional mula operasi Januari 2024 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/16399 3 Kereta api enjin stim dengan hiasan dalaman koc penumpang berkonsep tradisional akan mula beroperasi pada Januari tahun depan, kata Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Mohamed Suhaimi Yaacob. Beliau berkata inisiatif Tourism Heritage Steam Locomotive Train, yang merupakan kerjasama antara KTMB dan Great Leisure Sdn Bhd itu bertujuan menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati keindahan alam di sepanjang laluan kereta api. "Ia bakal menjanjikan pengalaman unik kepada penumpang untuk menikmati keindahan lokasi tarikan pelancongan yang menarik di sepanjang laluan kereta api, khususnya di laluan hutan iaitu dari Gemas, Negeri Sembilan hingga ke Tumpat, Kelantan," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas majlis menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Kereta Api antara KTMB dan Great Leisure bagi kerjasama itu di sini hari ini,