Posts

Showing posts with the label Seri Menanti

Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan

Image
Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168531/ SINGAPURA – Sebuah kedai menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka, lapor akhbar The New Paper semalam. Seorang pengguna, Steven Wong memberitahu portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar. Ia menyatakan: “Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”. Bagaimanapun, apa yang menonjol adalah entri terakhir menunjukkan caj tambahan 50 sen dikenakan jika pelanggan meminta tiada tauge dalam makanan mereka. Gerai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram. “Ini tidak masuk akal,” katanya,  Wong berkata, dia tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan di pusat penjaja tersebut tidak akan melet

Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung

Image
Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168526 SERI MENANTI - Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang dianjurkan julung kalinya berjaya menerima hampir 10,000 pengunjung menerusi dua hari penganjurannya.  Menurut Exco Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, Seni Budaya Olek Godang membawa maksud kenduri besar berjaya mempamerkan kelestarian seni, budaya dan warisan Negeri Sembilan kepada orang ramai. "Program ini bagus bagi merakyatkan seni budaya kepada masyarakat. Dalam adat perpatih bunga 'lado' merupakan bunga rasmi dalam arkitek seni. Ia begitu unik. "Progam seperti ini juga amat bagus bagi mendedahkan orang orang muda dan memperkenal seni dan budaya Negeri Sembilan kepada mereka supaya ia tidak dilupakan," katanya kepada pemberita dalam Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang Seni Budaya di Ladang Alam Warisan Seri Menanti, Kuala Pilah. Pelbagai aktiviti pam