Posts

Showing posts with the label Terbabas

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands - Bomba

Image
[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands - Bomba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266 Enam maut manakala lapan lagi cedera apabila sebuah van terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang ini 8 Februari 2023. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.

[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas

Image
[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161167 Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta jenis Honda dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar -Butterworth, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, dan dua penumpang, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, Mohd Iman Mohd Akhir, 17. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan mereka, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, serta seorang lagi rakan cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dari arah Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, hilang kawalan dan melanggar pembahagi kiri jalan. "Kereta terbabit dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang

[Video] Kereta terbabas di Pantai Bersih, Bagan Ajam

Image
[Video] Kereta terbabas di Pantai Bersih, Bagan Ajam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159162   BAGAN AJAM: Sebuah kereta terbabas dan terbalik didalam air di tepi Pantai Bersih depan Flat Bagan Ajam Pulau Pinang petang tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

[Video] 3 maut termasuk 2 rentung terlibat kes samun sebelum nahas

Image
Kereta yang terbabas dan terbakar juga mengakibatkan sebuah kereta lain yang diletakkan berhampiran serta sebuah rumah turut terbakar 30%. [Video] 3 maut termasuk 2 rentung terlibat kes samun sebelum nahas [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154227 ] TUMPAT - Tiga lelaki yang maut termasuk dua daripadanya rentung selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di sini dipercayai terlibat dengan kes samun sebelum nahas itu berlaku. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, ketiga-tiga lelaki yang maut itu dipercayai baru melakukan samun dengan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger. "Hasil siasatan awal, kami mendapati kenderaan Honda HR-V tersebut dinaiki oleh empat lelaki yang kemudian telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Palekbang di sini. "Salah seorang daripada penumpang Honda HR-V itu kemudian bertindak melarikan sebuah kenderaan Ford Ranger dari r