Posts

Showing posts with the label Kiamat

Menanti kemunculan gunung emas dari Sungai Furat

Image
Menanti kemunculan gunung emas dari Sungai Furat https://pakdin.my/174697/ JIKA dilihat semula kepada perbualan antara Dajal dan Tamim Ad-Dari pada siaran Addin terdahulu, terdapat beberapa petunjuk paling jelas yang boleh menjadi panduan kepada seluruh umat Islam. Dajal menyatakan bahawa dia akan keluar apabila keringnya Tasik Galilee atau Tasik Tiberia selain beberapa petunjuk lain, antaranya pokok kurma di daerah Baisan. Untuk persoalan pertama, Tasik Galilee atau Tasik Tiberia ini sememangnya sedang mengalami pengeringan saban tahun dan dilaporkan oleh media antarabangsa bahawa pengeringan itu semakin kritikal beberapa tahun kebelakangan ini. Laut Galilee yang juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia adalah tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 kilometer (km), kira-kira 21 km panjang dan 13 km lebar. Tasik itu memiliki keluasan 166 kilometer persegi dan kedal

Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040

Image
Keringnya Sungai Furat - Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160598/ Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati serta setiap kehidupan itu pastinya akan menempuh pengakhiran dan itu adalah sunatullah yang sudah ditetapkan dan kita semua akan melaluinya. Begitu juga dengan dunia ini, ia semakin hampir dengan pengakhirannya dan salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat.  Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 kilometer (km) dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.   Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq.  Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjar