Posts

Showing posts with the label Passport Antarabangsa

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Image
[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. "Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah," kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh