Posts

Showing posts with the label Gua Musang

Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua

Image
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164088 GUA MUSANG, -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki Orang Asli Bateq yang dilaporkan hilang dikhuatiri diserang harimau ketika memancing di hulu Sungai Aring, Kampung Aring 5, di sini, diteruskan pada hari kedua hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Azmi Mokhtar berkata kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi. Beliau berkata kumpulan penyelamat berkenaan meneruskan perjalanan pagi ini dan belum tiba di tempat kejadian yang berjarak sembilan kilometer (km) dari Kampung Aring 5. “Seawal 8 pagi hari ini mereka sudah bergerak ke tempat kejadian dan sudah sampai sejauh jarak lima kilometer. Agak sukar menganggarkan masa yang tepat untuk sampai ke lokasi memandangkan kawasan berbuki...

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Image
Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815 Persepsi buruk terhadap Islam membuatkan seorang wanita Orang Asli keturunan Temiar ingin mengetahui kebenaran perkara tersebut dengan menonton ceramah-ceramah mengenai Islam di media sosial. Bagaimanapun, selepas menonton beberapa ceramah daripada penceramah bebas, hati Siti Hawa, 19, kata-kata indah penceramah berkenaan mengenai Islam menjentik pintu hatinya. "Saya tidak kenal mereka tetapi setiap kali muncul di media sosial, saya akan melihat dan menghayatinya," katanya ketika ditemui di Pondok Pengajian Islam (PPI) di Kok Lanas di sini pada Jumaat. PPI menempatkan anak-anak Orang Asli yang mendalami ilmu asas agama Islam. Siti Hawa berkata, kini antara pendakwah bebas yang diminatinya ialah Ebit Lew dan Prof Dr Abdul Somad Batubara. Menurut Siti Hawa, niatnya untuk memeluk Islam semakin kuat apabila dia bermimpi dibelit dan dipatuk ular besar. Tidak puas hati dengan mimpi yang...

[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang

Image
[VIDEO] Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161704 GUA MUSANG: Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, di sini pada 4 pagi Ahad lepas. Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Jan). “Kali pertama mamalia tersebut muncul juga pada 4 pagi, membuatkan saya bersama dua lagi rakan serumah terkejut melihat belalai gajah masuk ke dalam bahagian dapur menerusi cermin tingkap yang telah pecah. “Pada Ahad lepas, gajah terbabit muncul lagi dan mengambil makanan seperti garam, minyak serta mi segera yang berada berhampiran kawasan sinki dapur di hadapan tingkap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Khairul Faiza kehadiran mamalia tersebut dalam kawasan rumah amat me...

[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang

Image
[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161649 Lebih 100 masyarakat Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar hari ini gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka, malah dikatakan turut memakan mayat penduduk kampung berkenaan. Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Dis lepas dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Disember 2022. Menurut Mazlan dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek. "Saya juga pernah terserempak dengan haiwan itu yang sedang berkeliaran di belakang rumah, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan. "Saya dapat dengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu k...

[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Image
[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161185 GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan bas ekspres di Kilometer (KM) 24 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam (21 Disember 2021). Mangsa yang maut adalah pemandu van, Mhd Rizuan Ishak, 43, yang tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak, Muhamad Ihtisyam Muazam ShahIdris, 11, yang juga penumpang bas ekspres patah tulang pipi pada sebelah kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang. Baki 32 yang lain iaitu 31 penumpang dan seorang pemandu bas selamat. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila van dipandu Mhd Ridzuan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Klang menuju Kuban...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

Image
[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160495/ GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik susulan panahan petir. Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya M Nor Zawawi Awang, 54, di dalam biliknya. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya percaya sebab kematian mangsa adalah kerana renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir terhadap invertor solar di rumahnya. Katanya, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dan dibawa ke Klinik Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia. "Selepas mendengar bunyi letupan petir, bapa mangsa pulang ke rumah dan dimaklumkan tiada elektrik. Bapa mangsa menghubungi pembaiki invertor solar dan diberitahu invertor solar rumah mereka...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

Image
[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160454/ GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa padah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya ditahan polis pagi 12 Ogos 2022. MPV yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan pada pukul 10 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat di bandar ini. Ketua Polis daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat pemeriksaan snap check di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Kampung Lepan Jaya, di sini pada pukul 9.30 pagi. Katanya, semasa sedang bertugas, anggota polis melihat sebuah Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan apabila pemandunya bertindak memecut laju M...

[Video] Kereta terbabas, treler muatan balak terbalik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Kereta terbabas, treler muatan balak terbalik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159348   Berlaku selepas sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas ke kanan jalan dan melanggar treler dari arah bertentangan. Menyebabkan treler terbalik di tengah jalan, lalu dua buah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah Proton Exora tidak sempat mengelak dan terlanggar kayu balak yang jatuh di atas jalan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan Sebuah treler jenis Mercedes Benz dengan muatan kayu balak terbalik dalam kejadian yang turut membabitkan empat kenderaan lain di Kilometer 65 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas ke kanan jalan dan melanggar treler dari arah bertentangan. "Ia menyebabkan trele...

[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih

Image
[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih Sumber:  https://pakdin.my/158178 .. GUA MUSANG – Hasrat seorang ibu tunggal untuk beraya bersama sembilan anak dan lebih 20 cucu tidak kesampaian apabila rumahnya musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir dalam kejadian di Felda Chiku 2, di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu disedari penduduk kampung selepas mangsa, Rahani Abdul Rashid, 58, bersama seorang anak bongsu dan cucunya dalam perjalanan ke masjid Felda Chiku 3 untuk menunaikan solat sunat tarawih. Rahani memberitahu, sebelum kejadian, berlaku hujan lebat disusuli dengan dentuman petir di kampung itu dan jiran ternampak api merebak ke bahagian dinding papan hadapan rumah. “Kami terus berpatah balik selepas jiran menelefon anak memaklumkan rumah kami telah terbakar. Sejurus sampai di rumah, kami dapati api sedang marak membakar di bahagian hadapan rumah. “Kami tak sempat selamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat menyebabkan motosi...

[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Sumber:  https://pakdin.my/157645 = GUA MUSANG - Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan. Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook. Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat gajah melalui jalan tersebut. Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu. "Nasihat saya jika terserempak dengan haiwan itu jangan panik dan elakkan menekan hon. "Hal ini bagi mengelakkan h...