PM umum boleh keluarkan RM10 ribu, laman web dan aplikasi KWSP terus down
PM umum boleh keluarkan RM10 ribu, laman web dan aplikasi KWSP terus down Selanjutnya: https://pakdin.my/157236 - Pengumuman Perdana Menteri berhubung pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dianggap seperti khabar gembira buat rakyat negara ini. Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu pada pukul 1.30 petang, Rabu, rata-rata netizen tampil meluahkan kelegaan dan rasa gembira di media sosial. Semakan mStar sekitar jam 2 petang Rabu mendapati laman web KWSP mengalami kesukaran untuk untuk diakses secara normal oleh para pencarum. Malah, ramai yang turut mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk (log in) bagi membuat semakan akaun masing-masing. Selain laman web rasmi KWSP, aplikasi KWSP i-Akaun juga gagal diakses oleh pengguna. Gangguan teknikal itu dipercayai berlaku kerana trafik sesak dalam laman web dan aplikasi tersebut. Difahamkan, ramai pencarum cuba mengakses akaun masing-masing selepas pengumuman rasmi PM sebentar tadi...