Posts

Showing posts with the label GTA

[VIDEO] Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir

Image
Orang Melayu tak bijak politik - Mahathir BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162319/?amp=1 Dia tubuh UMNO baharu, dia keluar. Dia tubuh BERSATU, dia dipecat. Dia tubuh PEJUANG, dia keluar. Dia juga yang kata: "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." Dr Mahathir umum keluar UMNO https://www.bharian.com.my/berita/politik/2016/02/129297/dr-mahathir-umum-keluar-umno Tun M tubuh parti baharu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/607969/tun-m-tubuh-parti-baharu Tun M dipecat dari Bersatu https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/583424/tun-m-dipecat-dari-bersatu Mahathir keluar Pejuang https://www.malaysiakini.com/news/654686 "Orang Melayu tak bijak politik, Bila tak dapat sesuatu dia tubuh parti baru dan menyebabkan orang Melayu berpecah belah." - Mahathir BACA seterusnya di: https://t.co/l3ULoI8DWZ pic.twitter.com/WeaJJ37Qb4 — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) February 11, 2023 ...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

Image
#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161042 BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi, di tempat keempat dalam persaingan lima calon. Langkawi dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti  13,518 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj yang mendapat 11,945 undi. Dr Mahathir bertanding pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999. Beliau tidak bertanding lagi selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Dr Mahathir kembali bertanding pilihan raya pada 2018 ketika memimpin kempen pembangkang menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Image
#PRU15:  Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161031/ Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, KPN dan ketua SPRM di bawah kawalan parlimen. Kerana beliau komited untuk membersihkan Malaysia daripada unsur-unsur salah seperti salah guna kuasa, rasuah, penipuan pentadbiran, dan tidak amanah. Dan kerana beliau komited untuk mengukuhkan konsep pengasingan kuasa dan integriti. Oleh kerana dia melantik sendiri AG dia, berulang kali dia melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan melantik hakim tertinggi dia sendiri, melantik penyokong setia dia sendiri sebagai Ketua Polis Negara walaupun pada hakikatnya dia sudah melepasi umur persaraan dan melantik ahli politik aktif daripada kalangan pemimp...