Posts

Showing posts with the label Dungun

VIDEO] Buruh binaan direman bantu siasatan kes bunuh isterI

Image
VIDEO] Buruh binaan direman bantu siasatan kes bunuh isterI BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/163197 DUNGUN  -- Seorang buruh binaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 April, bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya dengan tukul besi di Bukit Besi dekat sini, pagi semalam. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada 8.42 pagi dengan diiringi anggota polis. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 5 April 2023, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Besol di Bukit Besi, selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lepas. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah dilapor berkata kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang berusia 30-

[Video] Terserempak 'pak belang' dalam ladang sawit di Ketengah Jaya

Image
[Video] Terserempak 'pak belang' dalam ladang sawit di Ketengah Jaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157178 - DUNGUN - Tular dua video berserta audio suara memaparkan seekor harimau belang yang dikatakan berada di sebuah ladang sawit dekat Ketengah Jaya, di sini pada petang Selasa. Video itu dipercayai diambil daripada dalam kenderaan yang berhenti beberapa meter di hadapan seekor harimau belang berdekatan pokok kelapa sawit di kawasan itu. Rakaman berdurasi 30 saat yang dimuat naik pemilik akaun Tik Tok, Nur Zalia149 itu berserta keterangan memberitahu ia dirakam di ladang sawit di daerah itu. Selain itu, terdapat satu lagi video tular berdurasi 26 saat yang juga memaparkan seekor harimau belang dimuat naik menerusi medium sama oleh pemilik akaun Kakilike777. Rakaman video itu juga memaparkan seekor harimau duduk berdekatan pokok kelapa sawit namun dirakam daripada bahagian tepi harimau berkenaan. Berdasarkan rakaman itu, harimau tersebut dikatakan harimau sama dan ditemui

[Video] Besut dan Dungun pula dilanda banjir

Image
[Video] Besut dan Dungun pula dilanda banjir [ pakdin.my/155299 ] Kuala Terengganu: Besut dan Dungun menjadi daerah terbaru terjejas akibat banjir yang melanda Terengganu sejak pagi tadi. Ia susulan pembukaan empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut dan dua di Dungun. Setakat jam 10 malam tadi, seramai 1,533 mangsa daripada 432 mangsa ditempatkan di 30 PPS. Kesemua mangsa terdiri daripada penduduk di daerah Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu, Besut dan Dungun. Ia menunjukkan penambahan mangsa berbanding hanya 828 orang dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah di Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 847 mangsa daripada 242 keluarga ditempatkan 15 PPS. PPS di Dewan Orang Kampung Teladas mencatatkan jumlah perpindahan tertinggi apabila seramai 213 mangsa daripada 63 keluarga berada di PPS berkenaan. Jumlah mangsa di Setiu turut meningkat kepada sera