Posts

Showing posts with the label Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Lelaki maut ditetak menggunakan parang hadapan kuil Hindu akibat mabuk

Image
Sekumpulan lelaki berketurunan India berkumpul di hadapan sebuah kuil Hindu selepas menghadiri upacara keagamaan, namun dua daripada mereka didakwa terlibat dalam pergaduhan. Seorang suspek dikatakan pergi dan kembali semula dengan membawa parang sebelum membunuh rakannya! Suspek dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian, tetapi polis yang tiba di lokasi untuk menyiasat kes itu dilaporkan telah mengenal pasti identitinya. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kerana bunuh). Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam ini di hadapan sebuah kuil Hindu di kawasan pangsapuri Kepong Indah Bistari, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno, memberitahu media di lokasi kejadian bahawa polis menerima laporan awam pada pukul 9.23 malam mengenai pertengkaran di kawasan berkenaan, lalu segera menghantar anggota ke lokasi. “Polis menemui seorang lelaki dengan kesan cederaan parang. Mangsa masih bernyawa ketika ditemui tetapi meningga...

Lelaki pukul jiran sehingga maut direman

Image
Lelaki pukul jiran sehingga maut direman Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159309   Lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kejadian pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek. Kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa menanam pokok di laluan jalan. KOTA BHARU: Suspek lelaki yang memukul jirannya menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Kelochor, di sini, semalam direman enam hari bagi membantu siasatan bermula hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Media semalam melaporkan, seorang warga emas Hor Keng Wah, 69, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dipukul oleh jirannya menggunakan sebatang kayu. Hasil siasatan awal dipercayai, kejadian pergaduhan itu berpunca daripada pe...