Posts

Showing posts with the label Pembantu Tadbir

Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois

Image
Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165924 Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois dituntut syarikat itu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), enam tahun lepas.  Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Azirah Kamaruddin, 37, yang mengaku bersalah menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya selaku pembantu tadbir perkeranian dan operasi. Ibu lima anak itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal me