Turkiye rancang pindah kanak-kanak, golongan remaja yang cedera dari Gaza hari ini
Turkiye rancang pindah kanak-kanak, golongan remaja yang cedera dari Gaza hari ini BACA di: https://pakdin.my/173758 ANKARA - Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan golongan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini. Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, berkata setakat ini Turkiye sudah membawa 150 orang, kebanyakannya pesakit kanser dan warisnya, dari Gaza untuk meneruskan rawatan. Selain itu, usaha pemindahan telah melibatkan lebih 100 orang Turkiye, Cyprus Turkiye, dan saudara-mara mereka pada minggu ini Pada Khamis, Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca memaklumkan bahawa tiga kanak-kanak yang sakit dari Gaza telah dibawa ke Turkiye untuk rawatan perubatan. Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan sepuluh tahun. Ketiga-tiga mereka akan menerima penjagaan yang diperlukan ketika berada di Turkiye. Koca berkata,...