Posts

Showing posts with the label Fadillah Yusof

JKKK diminta guna dana SejaTi MADANI untuk majukan komuniti: Fadillah

Image
LUBOK ANTU: Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang memohon projek-projek di bawah Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) perlu fokus kepada usaha meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata JKKK dalam satu daerah yang sama juga tidak harus memohon projek yang serupa untuk mengelakkan pertindihan dan persaingan yang tidak produktif. “Saya mengharapkan janganlah semua memohon satu jenis projek yang sama … biarlah pelbagai dalam satu-satu daerah itu supaya ia boleh memberi manfaat yang lebih menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan SejaTi MADANI Daerah Lubok Antu di sini hari ini. Beliau berkata semua permohonan projek akan melalui beberapa peringkat penilaian dengan pihak JKKK dapat berbincang dengan pihak pejabat daerah yang dapat menasihatkan mereka berkenaan projek-projek yang sesuai.  “Ada jawatankuasa yang akan menilai, kemudian akan dibawa ke peja...

Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO

Image
Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165477 LONDON  -- Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke United Kingdom (UK) berakhir dengan jayanya apabila penggubal dasar di sini telah memberikan komitmen untuk mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam garis panduan terperinci bagi memastikan komoditi yang memasuki negara adalah mampan. Beliau berkata ini dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Negara bagi Perdagangan Antarabangsa Nigel Huddleston dan Menteri Negara bagi Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell  pada Khamis. “Mereka sangat positif dan telah memberikan komitmen bahawa MSPO akan menjadi sebahagian daripada dokumen yang akan diiktiraf  dalam proses ketekunan wajar (due diligence),” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke United Kingdom pada Jumaat. “Malahan mereka juga berkata apa yang mereka hendak rencanakan daripada peraturan atau...