Posts

Showing posts with the label Jawa Timur

[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru

Image
[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru JAKARTA – Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik. Orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka. Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa. Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang. Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir. https://youtu.be/uflE6uzGEL8 Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo  dan Kampung Sumberwuluh. Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kemat

[VIDEO] Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung

Image
Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165940 JAKARTA  – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Okezone semalam. Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto. Dalam video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang  yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya. Namun, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat. Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera. Reaksi kumpulan pendaki ters

[VIDEO] Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanan maut, empat rumah rosak

Image
[VIDEO] Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanan maut, empat rumah rosak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163503 JAKARTA -- Seorang kanak-kanak maut manakala empat rumah rosak dalam gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Laut Jawa, di luar wilayah Jawa Timur pada Jumaat. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), pengurusan bencana Bali melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Tabanan, Bali, meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung ketika gempa bumi melanda. Jurucakapnya Abdul Muhari berkata dua buah rumah masing-masing di Jawa Barat dan Jawa Timur turut dilaporkan mengalami kerosakan. Sementara itu, agensi geofizik negara BMKG menyemak magnitud gempa bumi kepada 6.9, pada kedalaman 643 kilometer, kira-kira 68 kilometer1 barat laut Tuban di wilayah Jawa Timur. Gempa bumi itu berlaku disebabkan aktiviti perubahan bentuk pada plat Indo-Australia, yang tenggelam di bawah Laut Jawa. Kesan gegaran turut dirasai di Surabaya, band

[Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta

Image
[Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158340    JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja perempuan nekad terjun ke dalam sebatang sungai di Desa Balongdowo, Jakarta Timur kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Rakaman menunjukkan seorang remaja perempuan terjun ke dalam sungai sambil menjerit dan menangis tanpa mahu dibantu penduduk sekitar. Dia dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol dan disyaki putus cinta dengan teman lelakinya. “Punca kejadian masih belum diketahui. Menurut maklumat, dia menangis sambil menjerit nama teman lelakinya berkali-kali,’’ demikian kapsyen pada klip video berkenaan. Penduduk setempat berkumpul di kawasan tersebut untuk memberikan bantuan, namun ditolak oleh mangsa. Sebaliknya, ada antara mereka yang merakamkan situasi berkenaan. Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Cinta tak