Posts

Showing posts with the label Jana Wibawa

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta

Image
Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta BACA seterusnya disini: https://pakdin.my/168963 Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan rasuah berhubung projek Jana Wibawa, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, tahun lepas. Wan Saiful, 48, yang bersut hitam, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin. "Tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan," kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam keadaan tenang.

#PNyamun : Ya, betul. duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi Muhyiddin,

Image
#PNyamun : Ya, betul. duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi Muhyiddin, tetapi …. 1. Duit RM6.9 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik Ketua Penerangan parti dia. 2. Duit cash RM13 juta dari kontraktor diberi pada kawan baik Midin dari Pagoh. Saksi dalam perbicaraan kes UKSB turut menamakan kawan baik ini sebagai penerima cash RM1.3 juta yang diberi oleh UKSB kepada Midin melalui kawan baik dia ketika Midin menjawat sebagai Menteri KDN. 3. Duit RM4.6 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik  dan akaun peribadi sepupu menantu Midin yang juga timbalan kedua bahagian Bersatu Segambut serta ahli jawatankuasa Yayasan Golf Midin. Perlu ingat bahawa ketiga-tiga individu di atas tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang boleh pengaruhi perlantikan kontraktor dalam skim Jana Wibawa. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/c9ROtIOK1JY Jadi kenapa pula kontraktor-kontraktor sanggup bayar berpuluh juta duit kepada ketiga-tiga orang ini? Midin. Siapa yang ada ku

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Image
[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1 Seorang pengarah syarikat perabot didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa berjumlah RM12.875 juta antara Julai 2021 sehingga November tahun lalu. Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama dan kelima, tertuduh yang juga pengarah syarikat SSH Furniture Sdn. Bhd. didakwa meminta rasuah masing-masing RM3.975 juta dan RM7.4 juta iaitu sepuluh peratus daripada harga sebenar projek menaik taraf jalan dibawah Jana Wibawa. Tertuduh didakwa membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn. Bhd. bagi mendapatkan projek di dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat serta bersetuju melantik Syarikat TS

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

Image
Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dijangka mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berhubung kes Inisiatif Jana Wibawa. Difahamkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan selepas beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi. Seorang lagi individu yang bakal didakwa bersama atas pertuduhan yang sama adalah seorang ahli perniagaan dan juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad. Dalam pada itu, SPRM tanpa menamakan pemimpin politik itu telah mengeluarkan makluman kepada media untuk membuat liputan tentang pendakwaan ke atas dua individu berkait Jana Wibawa pukul 9 ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. VIDEO berkaitan: Sebelum itu, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada has